CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

11 June 2008

SAHABAT

Beberapa hari yang lalu, salah seorang sahabat aku menghadiahkan sebentuk cincin buatku. Terharu! Cincin tersebut ditinggalkannya di atas meja studyku. dia mengirimkan sekeping sms. katanya anggaplah cincin tersebut sebagai tanda pertunangan persahabatan kita. aiisshh, pelik ni! hehe.
sahabat...
sekarang ni bukan senang nak temui sahabat sejati. bila kita dah miliki mereka, jagalah betul-betul persahabatan tersebut. kita mahukan mereka melayan kita sebagai sahabat terbaik! tapi soal diri kita kembali, sejauh mana kita berusaha memberikan yang terbaik juga...? ini sekadar muhasabah untuk diri sendiri juga.
sahabat...
datang dan pergi...
ya, kalau dulu aku fikirkan, sekali aku mempunyai sahabat sepertinya, aku tak akan melepaskannya pergi, aku tak akan kehilangannya sampai bila.. maksud ku di sini bukanlah perpisahan atau kehilangan yang disebabkan ajal dan maut... tapi lebih kepada perpisahan dan kehilangan dek arus kehidupan.. sedar tak sedar, sahabat yang selama ini kita berkongsi segalanya, hilang begitu saja.. tanpa khabar berita.. mulai dari itu, sedarlah aku bahawa, sahabat datang dan pergi.. tapi kehidupan tetap ku teruskan!
sahabat...
bagiku, bersahabatlah seadanya. tidak melebih-lebih, tidak pula mengurangkan apa yang patut.. what you give, you will get back. jadi, usahalah menjadi sahabat terbaik agar kita juga memperoleh sahabat yang terbaik! ikhlaskan niat dalam apa jua yang kita lakukan terhadap sahabat. membantu bukan mengharapkan balasan.. dan sebaginya.
ok, aku nak masuk kelas semula. kelas 8pagi berterusan hingga 2petang. mana larat! dalam library auditorium yang sejuk lagi beku itu huhu... ni baru sudah presentation. terukkan? dah final year ni dah berani buat nakal sikit hehe...

3 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

org senior...boleh buat ape saje.
janji habiskan semua madah, tak gitu?...

SoalHati said...

hehe...tak juga cermindiri..bahay tu:)
takut2 nanti buat apa saja, x dpt nak hbskan madah langsung! nauzubillah..
hehe...buat baik berpada2 buat jahat jangan skali..
buat nakal? boleh skali skala hehehe

SoalHati said...

test


.I ♥ Khat.





Grab A Button