Alhamdulillah, setakat ni exam dah selamat 3 paper. Tinggal lagi 3 paper. Yakni esok, lusa n lastly 2hb. Tak sabar rasanya nak menghabiskan kesemua co..ba..an.. ini. Abang pun dah call tanya jadi tak nak suruh datang amik. Balik kali ni kena juga bawa balik barang2 separuh. Banyak yang tak guna sangat. Ni dah nak kena pindah bilik . malas nak ngangkut banyak2 barang..Nantikan dah tinggal 2sem je kat sini hehe., jadi bila dah grad nanti, takdelah sampai abah kena datang bawak lori haha. Teringat lagi masa grad kat matrik(chewah, grad tu..) abah datang bawak storm. Pinjam dengan kawan katanya. Terkejut aku. Padahal barang2 bukanlah banyak sangat. Rupanya abah ingatkan tilam kena bawa balik skali. Tu yang dia bawak storm haha..
3 4 hari ni memang payah nak tidur. Kalau sebab study tu tak apa jugak. Ni nota dah habis baca, dah ready nak tidur tapi tak dapat lelap jugak… sampai pukul 4 5 pagi baru tidur.. insomnia lagikah?mungkin! apapun, sabarlah dengan ujian tak dapat tidur ni. Apa nak buat bila mata tak nak katup2 ni??
Oklah, lastly, doakan aku dan sahabat2 yang menempuh exam kali ni. Semoga segalanya dihadapi dengan baik dan penuh persediaanJ kalau dah baca tapi tak faham2 jugak tu, teringat lagi Senator Mumtaz kata “ saya akan tutup buku atau nota tu, that’s it! Saya dah usaha, kefahaman tu, terpulang pada Allah nak bagi pada saya…”
No comments:
Post a Comment