CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

27 February 2008

KIRIMAN EMEL

BN : Ke arah SELAMAT, AMAN dan MAKMUR yang bagaimana?

Semasa saya menyediakan nasi untuk makan malam keluarga saya, tiba- tiba Mak Cik Cah, jiran sebelah rumah saya menyapa dari tingkap dapur.“Nurul, maaflah menganggu dekat-dekat maghrib ni.Mak cik nak bagi sesuatu pada Nurul..”Sambil tersenyum, Mak Cik Cah, adik ipar kepada TNC tempat saya meneruskan pengajian, menghulurkan sekeping kertas.Saya tergelak kecil. “ Dato’ VC cakap, semua pelajar kampus kena pangkah ni tau”“Oo.., tolong kempen ye mak cik?” Saya mengambil kertas tersebut sambil mengusik manja Mak Cik Cah.Kertas yang mempunyai lambang pangkah dacing lengkap dengan butir-butir diri saya sebagai pengundi di Shah Alam saya simpan.Buat kenangan..

Saya berfikir sejenak di meja makan.Seketika, fikiran saya melayang kepada manifesto-manifesto yang dicanangkan oleh kedua belah pihak yang bertanding.Kedua- dua janji kelihatan amat menarik namun saya mencari yang mana lebih relevan dengan masalah semasa.
Antara pembangunan material dan insaniah

Kes pertama, adik Nur Fatiha Zaidi, 6, dilaporkan diculik oleh seorang lelaki ketika b bermain pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan….Dalam kes kedua, adik Sharlinie Mohd. Nashar,5, dilaporkan hilang pada pukul 11.30 pagi Rabu lalu ... “Kita harus mengakui bahawa persekitaran kita pada hari ini tidak lagi selamat. Salah satu puncanya adalah kerana runtuhnya institusi kejiranan dan lemahnya institusi kekeluargaan,” jelas Dr. Rozaidah. (Ututsan Malaysia – 26 Februari , 2008)

Statistik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan secara purata empat wanita dirogol atau dicabul setiap hari.Tujuh wanita pula menjadi mangsa gangguan seksual manakala 100 kanak-kanak didera setiap hari. (MSTAR online – 16 Januari 2008)

DUNGUN – Semuanya gara-gara pelajar lelaki bernama Judin.Itulah punca sebenar pergaduhan `ala kung fu’ di kawasan belakang sebuah sekolah dekat sini melibatkan tiga pelajar perempuan baru-baru ini.- (KOSMO – 11 FEBRUARI 2008)

KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) sudah mengemukakan syor kepada kerajaan bagi mewujudkan Akta Hidu Gam sebagai usaha berkesan membendung gejala itu daripada terus menular, terutama di kalangan remaja di negara ini. (Berita Harian (6 Ogos 2007)

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pendedahan majalah Mastika keluaran terbarunyamengenai aktiviti songsang kumpulan Black Metal, mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila beberapa ahli Parlimen dengan lantang meminta perkara tersebut diberi perhatian (www,pustaka. usm.my)

Kerut dahi saya memikirkan mengapa perjalanan masa sekarang kelihatan agak menyesakkan. Rata-rata keadaan semakin tidak tenteram dan semakin parah.Jika hendak dikatakan masyarakat sekarang tidak semakin cerdik, kemudahan pendidikan kita semakin bertambah malah masyarakat kini lebih moden dan celik it. Namun, mengapa masalah sosial kian parah dari hari ke sehari?Semua situasi tidak selamat. Malah ibu saya amat takut untuk membiarkan adik saya , Humaira yang berumur 10 tahun keluar bermain di luar hatta ke sebelah rumah pun sekiranya tidak diteman oleh saya, satu-satunya kakaknya.

Terlalu lamai lelaki gila seks.Terlalu ramai penjenayah.Terlalu ramai mat rempit. Terlalu ramai gangster dan pelajar-pelajar sekolah hari ini semakin biadab.Terlalu ramai orang yang bermasalah dan boleh menyebabkan kesusahan pada orang lain.
Apakah tidak cukup limpahan kemudahan infrastruktur yang semakin mewah dan dasar-dasar yang digubal kerajaan untuk merawat penyakit-penyakit ini? Merawat penyakit kepupusan deria ke’insan’an.

Berbanding tahun sebelum merdeka dengan sekarang, saya akui Malaysia jauh berbeza. Bertambah cantik, moden. Sofistikated dan berdaya saing. Bangunan-bangunan semakin galak dibina untuk mencakar langit. Tahniah dan terima kasih Barisan Nasional atas kejayaan ini. Namun, di sebalik satu sudut, masyarakat semakin parah dengan masalah kejiwaan mereka.

Saya teringat, tanggal 13 Februari 2008, sejurus selepas pembubaran parlimen diumumkan, siaran radio yang menemani saya membuat kerja overtime di pejabat sekitar jam 8 malam tiba-tiba menganggu tumpuan saya. Lagu yang enak membuai pendengaran saya tiba-tiba bertukar dengan ucapan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib. Saya cuba menukar siaran ke frekuensi lain. Anehnya, semua siaran radio menyiarkan perkara yang sama.Saya mula menekuni ucapan tersebut.Antara bait kata-kata yang saya tidak dapat lupakan, Datuk Seri begitu gah sekali mengutarakan isu betapa teruknya Kelantan berkenaan isu masjid.Katanya masjid kebanyakannya dibina oleh rakyat, bukan kerajaan negeri.Beliau dengan bangganya mengatakan betapa bagusnya BN kerana mampu membina banyak masjid malah jauh lebih moden dan indah berbanding dengan yang ada di Kelantan....
Saya tersenyum.

Merawat masalah jiwa manusia
Masjid yang banyak sepatutnya berjaya mengurangkan gejala kebejatan sosial yang semakin prah ini jika kena dengan fungsinya.Persoalan yang bermain di fikiran saya, jika semakin banyak masjid, mengapa pula bilangan manusia tidak beradab juga semakin bertambah?Di mana peranan masjid sebenarnya?

Terlalu mengejar kemewahan material semata dan terlalu tertekan dengan desakan hidup yang mencabar menyebabkan semakin ramai mempunyai masalah jiwa.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 11,120 pesakit mental mendapatkan ng rawatan pada 2003 berbanding hanya 5,687 pesakit pada 1998. Ini menunjukkan pertambahan dua kali ganda dan tidak mustahil ianya meningkat pada masa sekarang jika dilihat pada meningkatnya tekanan yang kita hadapi saban hari.

Harga barang, tol, naik.Susah mendapat pekerjaan dan projek seandainya tiada kabel yang kuat.Yuran semakin mahal.Sukar mendapat pekerjaan, maka terpaksa menjadi guru walaupun tidak menyintai profesion mendidik ini.Bil semakin mahal, cukai semakin bertambah dan bermacam lagi.

Inilah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan. Semaju dunia Barat.
Ya, tidak salah kita mahu maju di segala bidang ke depan.Malah Islam amat menggalakkannya. Namun begitu, ia perlulah selaras dengan kefahaman agama itu sendiri agar seimbang perkembangannya dengan fitrah manusia.Jika tidak, sindrom “Aku tertekan” lah jawabnya.Maaf BN, kamu terlepas pandang perkara penting ini.

Penggerak utama kepada kemajuan , yakni manusia itu sendiri,perlulah dibentuk terlebih dahulu sebelum membentuk yang lain. Manusia yang terisi jiwanya dengan kekuatan kerohanian, emosi dan spiritual yang utuh akan berjaya mengimbangi dunia kemajuan yang penuh mencabar, malah akan memandu dunia ini ke jalan yang lebih baik.Kehidupan yang terarah mengikut acuan penciptaNya akan melahirkan manusia yang lebih beradab walaupun maju. Islam mengajar agar kita saling memuliakan.Islam mengajar agar kita saling memaafkan. Islam mengajar agar kita saling menjaga. Islam mengajar agar kita saling menghormati. Alangkah indahnya sekiranya suasana aman dan damai itu dapat kembali dibentuk.Terkenang saya pada zaman Rasulullah dan para sahabat.

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diperturunkan Allah kepadamu..” ( Al-Maidah : 49)

Tiada lagi perogol berani menganggu kaum wanita kerana semua lelaki menghormati dan memuliakan wanita. Tiada lagi kes pergaduhan di mana-mana hatta di sekolah sekalipun kerana semua saling memaafkan dan berkasih sayang. Tiada lagi si kaya berani menganiayai si miskin kerana saling menghormati hak masing-masing.Taraf hidup saling terbela.Cantiknya apabila semua kembali pada Islam.

Inilah maksud Negara berkebajikan yang ditawarkan Parti Islam Malaysia.
PAS tidak menggadaikan prinsip mereka dalam memperjuangkan Islam kerana mengambil “Negara Berkebajikan” sebagai motto .Islam itu sendiri berkebajikan. Dalam usaha mendakwahi apa itu Islam secara berperingkat kepada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kefahaman, PAS memperkenalkan sala satu ciri-ciri asas Islam itu sendiri.

PAS sebenarnya sudahpun melaksanakan konsep berkebajikan yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat ini sebenarnya.Sebenarnya isu masjid ini adalah titik penting buktinya.Melalui kenyataan “banyak masjid yang dibina rakyat”, kita sudah boleh mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana sudah berjaya membentuk masyarakat cintakan masjid. Malah, mereka tidak perlu disogokkan dengan keindahan masjid untuk mengimarah rumah Allah tersebut.

“Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.”(An Nisa’:39)

Jika diperhatikan, walaupun keadaan masjid-masjid di Kelantan tidak se”gah” masjid-masjid yang dibina BN di negeri-negeri lain, Putrajaya umpamanya, rumah-rumah ibadat Islam di sini ternyata jauh lebih bermaya dan “hidup” dengan aktiviti dan qaryahnya yang komited. Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan konsep kecintaan dan ketaqwaan pada Allah dalam pembentukan modal insannya.Lihat sahaja program-program yang diatur sepanjang pemerintahan Kelantan.Contoh yang paling memikat hati saya ialah, Program Bulan Sembahyang.

PAS percaya bahawa satu-satunya jalan penyelesaian untuk mengubati penyakit ketempangan kewarasan manusia ini adalah dengan mententeramkan mereka dengan kembali pada ajaran Yang Maha Bijaksana.Apabila manusia semakin sihat akal, emosi dan rohani mereka, maka, barulah Negara akan SELAMAT, AMAN dan MAKMUR. Bagaimana?

Maaf Barisan Nasional, sesekali, perhatikanlah salah satu masjid kebanggaan anda di Putrajaya.Apabila tiba waktu solat, di kawasan mana lebih ramai makmumnya, di dalam masjid atau di kafetaria di sebelahnya? Bukan tujuan menyindir, cuma mahu menyedarkan tentang formula sebenar membentuk negara yang lebih baik.
Mengapa, tak percaya ke?? =)
Oleh : Siti Nurul Munawirah

2 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kami di sini mengharapkan pangkahan anda kali ni adalah pangkahan yang paling tepat dan paling bermakna buat anda senidir dan kami semua.

SoalHati said...

insyaAllah cermin diri..sesiapa yang masih ada keragua, boleh solat istikharah mohon diberi petunjuk untuk membuat pemilihan yang terbaik!

1st time mengundi, x terbayang macam mana suasananya:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button