CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

07 December 2007

Menonton dengan helicopter view!


Semalam aku selesai menonton Proposal Daisakusen. Namun ada satu episod yang aku terlepas. Tersilap copy agaknya. Episode 5. Itulah episode yang aku nantikan. Babak di mana Rei membuat satu keputusan apabila usianya mencecah 23 tahun. Memilih untuk melupakan kisah silamnya yang penuh kegembiraan, memutuskan untuk berhenti berharap dan pandang kehadapan dengan yakin dan tekad untuk meneruskan hidup yang ada sekarang bersama insan-insan disekelilingnya. Sahabat akupun pelik kenapa aku agak teruja untuk menonton cerita ini. Aku sendiri mempromosikan kepada mereka walhal aku sendiri belum lagi berpeluang menontonnya.

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang pandai memilih apatah lagi membeli cerita-cerita jepun dan korea untuk di tonton. Winter Sonata yang glamor tupun aku tidak peduli apa kisahnya. Apatah lagi cerita-cerita lain yang aku tidak pernah dengar tajuknya. Namun setelah satu persoalan aku ajukan kepada seorang sahabat, dia mengesyorkan aku untuk menonton cerita ini. Dia menasihati saya menonton dan menghayati cerita ini secara helicopter view! Aku tergelak. Tengok cerita jepun pun nak kena helicopter view ke? Desis hati. Tapi aku terima cadangannya dan cuba menjejaki mereka yang mempuyai cd Proposal Daisakusen! Dengan mudah aku mendapatkannya. Namun begitu payah untuk aku memulakan untuk menontonnya. Berhari-hari cd tersebut terbiar di rak buku.


Akhirnya, aku berjaya menghabiskan 11 episod cerita tersebut hehe. itupun ambil masa 4hari. Tak macam kawan-kawan yang boleh habiskan dalam masa satu hari saja hehe. Aku juga telah dapat sedikit panduan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang selama ini menyelubungi diri. Bukanlah hendak meniru apa yang ada dalam cerita tersebut, tapi lebih kepada melakukan apa yang sepatutnya dilakukan! Berfikir sedalam-dalamnya, berani membuat keputusan dan bertindak dengan yakin! Semestinya sebagai seoramg Muslim, kita mohon pada Allah agar apa yang kita lakukan, adalah hasil dari bimbinganNYA!

Perkara lain yang aku tertarik daripada cerita ini, nilai persahabatan yang sangat tinggi. Apabila hilang seorang teman, kita sangat terasa kehilangannya! Lantas kita berusaha menjejakinya dan sedaya upaya menggembirakannya. Tidak membiarkan sahabat kita bersedih seorang diri… kita juga berusaha sedaya upaya membantu menyelesaikan masalahnya tanpa dipinta. Indah sungguh sebuah persahabatan sejati!

p/s: Terima kasih kepada pencadang dan tuan yang empunya cd yang kedua-duanya kaum Adam:) tak sangka betul depa ni minat cerita jepun!

7 comments:

izzahUlfah said...

'Ain, sory tau sbb xleh nak send episod 5 tu thru email. nape ntoh huhu. so, dh tgk lum episod 5 tu?

Tanya la saye, saye suke tak tgk cite korea/jepun? :p :p :p

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

mmg tak boleh kot izzah.. xpelah, ain x tengok lagi.nanti kita jumpa u bg kat i key...
i tau dh..x payah tanya u suka ke tak..u lah hantu jepun hehehehe

abdul hayyi said...

siapakah kaum adam yg ada CD tu???

layan.... :-)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cerita korea?....minta maaf bukan minat cermin.jangan terasa yea..

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

abdul hayyi, kaum adam tu, batch kita jugak;)

cermin, tak apa...ni sekadar berkongsi dengan kawan2:)stp benda mesti ada baik buruknya kan...

syauqah-el-wardah said...

hehe..

tak salah kalau cerita tu ada unsur atau mesej yang bagus. dan tak salah kalau kita kena tonton cerita tu untuk dijadikan bahan dalam kita berda'wah kepada golongan yang 'biasa' di luar. Kita boleh bagi pengajaran yang mungkin diorang tak nampak ada dalam satu-satu drama Korea/Jepun yang diorang tengok. Diorang mungkin tengok hanya untuk berhibur, tetapi kita menonton untuk menganalisis.

Ye tak cik Ain?

Yang baik ambil jadikan pengajaran.

Ehem... ehem..
macam tahu je dua orang daripada kaum Adam tu.. ^_^

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

saya memang setujulah dengan cik wanie...;)
apapun kita buat, based on niat. kitapun tak boleh kecikkan skop kita kan...
this is global age;)
tapi kena hati2 jugak..jgn sampai lalai dan kemaruk tengok dah la...(pesan pd diri juga ni)

.I ♥ Khat.




Grab A Button