CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

02 December 2007

Kembali ke kampus!

Serba tak kena aku 2 hari ni. Tepi kerongkong aku bengkak semula. Pernah sekali aku sakit begini. Ambil masa yang agak lama untuk kembali normal. Akibatnya, aku tak dapat nganga mulut luas-luas, cakappun jadi slow sikit dan nak makan pun sakit. Masa tu, pernah jumpa doctor, tapi dia kata tak dapat lihat dimana yang sakit..apalah doktor ni, buat penat je pergi klinik…sabar jelah, doctor pun tak boleh nak bagi ubat sesuka hati kalau tak sure apa sakitnya..


Esok pagi dah nak kembali ke kampus! yaAllah..tak ada semangat langsung. Beginilah jadinya bila dah lama berada di rumah. 2 minggu. Namun terasa seperti baru 2 hari. Huhuhu rasa nak duduk rumah selama-lamanya…. Sabarlah wahai hati..nanti habis belajar, bolehlah. insyaAllah… takut juga kalau homesick ni. Hehe apa da.. dah besar2 pun homesick jugak ke? Itulah hakikatnya diriku ini….


Orang rumah pun dah mula muram durja bila tahu aku balik hari ahad…”dok leh sambung lagi ke cuti tu?” Tanya adik bongsuku.. boleh, buat U sendiri hehe


Aku baru selesai adjust semula subjek untuk sem 2 ni. Hari tu, punyalah kepelikan menyelubungi diri. Mana tak nya,dalam schedule kata boleh regist dah pada tarikh yang ditetapkan untuk level aku, tapi bila nak login, tak dapat. Aku fikir jugak, kot2 aku ada buat salah apa-apa sampai tak dapat nak login. Tak bayar saman ke, tak hantar kunci ke…Tapi time tengok result, ok je hari tu.. aku dah plan nak jumpa pihak yang bertanggungjawab tentang hal ni bila sampai kampus nanti.. Hari ni, add drop subjek terbuka untuk semua level. Aku try login! Alhamdulillah dapat… rupa-rupanya..aku dah naik satu level. Patutla tak dapat buka hari tu..


Agak pening nak adjust schedule sem 2 ni. Memandangkan amanah yang ku galas selama setahun lebih tu akan ku pas kan kepada orang lain pula, jadi mungkin ada sedikit kekosongan masa. Dan kali ni baru aku memberanikan diri untuk ambil subjek lebih sikit. Sebab aku tak ada komitmen yang besar seperti 3 sem yang lalu. Aku juga cuba elakkan kelas di awal pagi. Maklumlah, aku ada penyakit payah nak tidur malam. Takut terlajak. Jadi baik aku mengelak dari mengambil risiko yang aku sudah tahu akibatnya dan telah ku lakukan ujikaji pada sem2 lepas…tapi nak tak nak, ada jugak subjek awal pagi hari selasa dan khamis. Memang tak dapat dielakkan dah! Doakan aku ye!

8 comments:

bang_gugar said...

salam,

selamat pulang ke kampus..

semoga segala urusan dimudahkanNYA..

(",)

dyana said...

lama tak bergelar student.. dah lupa perasaannya.

chaiyo' ain! kuatkan smgt, perjuangan masih pnjg.

^_^

~qudwah_mardihah~ said...

selamat kembali ke kampus ya.....selamat dan semoga selamat saya doakan..

baik2 dan hati2 dalam pembelajaran..
chaiyo chaiyo....

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

bang_gugar
lamanya menyepi. nak pergi cek blog dah update blum:p

didi
dah lama tak bergelar studen ye..jelesnye..tapi bila habis nanti mesti rindu alam kampus kan. jd kita rebutlah peluang yg ada dikampus...buatlah sesuatu yang 'gila-gila' skit hehehe

qudwah-mardihah
sedap nick ni. slmt datang ke blog sy:)terima kasih

CerminDiri said...

salam kehidupan,

ada hikmahnya sakit tekak tu. kini baru ku sedar nikmatnya.... gitu?...
mula ngaji lah yea...selamat memulakan pengajian.

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

betul tu cermin, baru rasa nikmatnya. kene sabarjelah sekarang.makan benda2 lembut je. mcm baby plak :)

izzahUlfah said...

lagi 1 cik 'Ain..jgn makan benda pedas2 sgt :p

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

huhu..cik izzah, yang tu tak dapat dielakkan..selalu order makanan..mesti ada "pedas"!
tima kasih atas keperihatinan anda:)

.I ♥ Khat.




Grab A Button