CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

23 November 2007

Usah dipaksa

Ini kisah salah seorang pekerja mak aku. “Lina” (bukan nama sebenar) hehe.macam dia buat kesalahan besar aje. Katanya jumaat ni mak dia akan datang ambil dia pulang. Sebab? Mak dia suruh dia kahwin dengan seorang pemuda kampong yang baru sekali Lina memandang wajahnya. Lina tak nak kahwin. Katanya dia belum bersedia. Bergenang air mata Lina saat aku bertanyakan perkhabaran kahwinnya itu. Dia terus mengadu. Katanya dia ak mahu kahwin, tapi mak yang suruh…
Bayangkanlah, Lina yang mak aku ambil sebagai anak angkat, dulunya tak kenal huruf, langsung tak tahu membaca, apatah lagi mengeja. Mengirapun tak tahu. Penampilan dirinya juga tak terurus. Tapi, hari demi hari, dia bekerja dengan mak, dia semakin improve. Sangat berlainan berbanding Lina yang dulu. Dia sudah menjadi Lina yang sudah pandai mengeja sedikit2, membaca sedikit2 dan mengira. Alhamdulillah… Lina sekarang sudah ada keyakinan diri!
Tapi itu saja belum cukup. Lina perlu berfikiran matang. Lina perlu bijak dalam membuat keputusan. Jangan hanya ibarat lembu yang ditusuk hidung…
Bukanlah aku nak menyalahkan ibu bapa Lina. Tapi berpada-padalah dalam mencari kesenangan. Jangan kerana derita kesusahan yang dialami, anak hendak disegerakan nikah agar dapat wang yang sewajarnya…astarghfirullah…. Sekarang Lina masih belum membuat sebarang keputusan. Mak aku tidak menghalang. Malah mak fikir, mungkin sudah sampai masanya untuk mak melepaskannya pergi. Tak sangka begitu cepat masanya tiba.
Aku pesan pada Lina, bincanglah dengan maknya baik-baik. Beritahu kehendak Lina yang sebenar. Kahwin ni hal besar. Setakat tu saja ayat aku pada Lina. Tak mahu Lina menangis panjang. Sebab waktu tu, office hour. Lina pun sibuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan.

3 comments:

shahril aley said...

kesian Lina ade juga makbapak mcm tu lagi di zaman yang semakin bersikap terbuka ini.....

SoalHati said...

memang kesian..tapi kes 'lina' ni jadi macam tu sebab..dia sendiri lahir dlm hutan, x ade ic, x ade surat beranak..kiranya mcm tak ada status kerakyatanlah

SoalHati said...

kesimpulannya, mcm hidup tak bertamadun je...huhu..kesian betul dia. birthday dia bila pun dia tak tahu


.I ♥ Khat.





Grab A Button