CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

21 November 2007

Rasa lama tak update blog. Harinipun sebenarnya tak sedap badan. Masa di tempat program lagi, malam tekahir di sana, dah rasa semacam. Tapi tak peduli sangat. Ingatkan sebab penat ke hulu ke hilir. Yelah, walaupun tengah handle program di Selangor, tapi masih terpaksa ke tempat program lain,di Pahang, kerana memenuhi undangan. Yang paling penting, memenuhi hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain. Dah sampai rumah, baru terasa benar badan ni jap panas, jap sejuk.. Alhamdulillah tak demam kat sana, kalau tak, menyusahkan sahabat2 plak nanti. Kali ni rasa sangat nak mencatatkan sesuatu. Mungkin sebab teruja tengok sahabat2 ramai dah update!
Pagi tadi, bangun je tidur, tengok katil adik bongsu dah kosong. Katil abang yang di sebelah bilik akupun dah kosong. Tinggal mak je yang masih lena dibuai mimpi. Mak tidur lepas subuh, maklumlah, mak berniaga dari 3 petang sampai ke 5 pagi. Tu yang jadi ‘kelawar’ tu. Eh, mana pergi adik beradik aku ni..selalu bila aku bangun, merekalah yang masih terbongkang!
Berita baik! Rupanya adik bongsu aku dah mula berjinak2 dengan perniagaan abah. Wah, bunyi macam grand je. Hehe.. ni kan cuti sekolah. Hari tu adikku tanya abah, cuti ni nak berjalan ke mana.. tau apa jawapan abah? “jalan kedai abah”. Aku ingatkan adik aku tak respon. Lagipun nak ke kedai abah tu, nak kena ada orang hantar. Kat rumah nipun bukannya ada motor.
Adik bangun awal pagi. Dalam 7pagi dia dah bertenggek tunggu bas depan rumah. Ya Allah..kagum aku. Rajinnya fequl ni…dia memang betul2 nak ambil masa cuti ni nak belajar macam mana kerja di tempat abah. Aku ada jugaklah puji sikit depan dia. Yelah, nak naikkan semangat dia supaya terus kerja dengan abah. Secara tak langsung, kita berbakti pada orang tua kita jugak. Kalau tak anak yang tolong bapak, sape lagi. Betul tak? Selagi mak ayanh kita masih ada, kita rebutlah peluang ni. Kitapun makin lama bukan makin muda, malah makin hamper kita dengan kematian..jadi, bertindaklah!
Kesimpulannya, walaupun aku gembira adik pergi bekerja kedai abah, tapi aku pula yang dilanda kesunyian. Selalu kami spend masa together. Tapi kali ni terpaksa tunggu dia baliklah.. office hour plak tu. Itupun kalau bas lambat lalu, maka lambat lagilah dia pulang…lambatlah aku dapat buli dia hehehe…

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button