CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

20 October 2007

Ketiadaan Abang

Hari ni hari ke 2 abang masuk wad. Terasa sunyi pula bila abang tak ada. Selalu abanglah yang control tv. Dialah yang pegang remote control. Sampai kami adik-adik ni tak leh buat apa dah. Dialah yang selalu suruh aku buat “tea peng kawww”. Dialah yang selalu jadi bodyguard aku kalau aku nak ke bandar.. dialah yang selalu suruh aku jemur pakaian dia. Kalau dia basuh kain, tak boleh campur kain baju dia dengan kain baju orang lain. Ekslusif betul.. ni abang tak ada, rasa kekurangan dalam rumah ni. Dah la ni hari2 terakhir aku di rumah…lusa aku dah nak pulang ke kampus.. tapi doctor masih tak bagi abang keluar.. ya Allah, aku pohon abangku cepat sembuh ya Allah…

Alhamdulillah, ramai juga yang datang lawat abang. Kat sinilah kita boleh nilai sahabat2 kita, sayang tak kita, sanggup tak susah senang bersama…Mulanya, aku nak temankan abang sepanjang di wad. Tapi mak pula memerlukan tenaga pekerja. Walaupun pekerja mak dah ada 3 orang, tapi bantuan aku masih diperlukan. Maklumlah, mood raya ni, ramai sikit pelanggan mak. Aku teman abang dengan kiriman2 sms saja. Moga dia kuat semangat dan terus bersabar…


Esok kami akan lawat abang lagi. kena bawak ayam goreng plak. Abang mengidam.

4 comments:

cakapaje said...

Salam Lebaran,

Mohon maaf ye, ini kali pertama saya menyinggah: abang sakit apa?

CahayaMata KemuliaanAgama said...

sakit..rahsia! hehe..selamat datang

faridmw said...

salam..
semoga abang disihatkan selalu...
amin...

Dr Kadir said...

moga abang cepat sembuh jugak... ameen :)

.I ♥ Khat.




Grab A Button