CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

22 October 2007

Peperangan aku baru nak mula

Alhamdulillah, abang dah dibenarkan keluar dua hari yang lepas. Tapi aku tak sempat nak cium tangan abang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Chewah, macam naik flight la pullok. Sebab sebaik saja abang dibenarkan keluar, dia berehat dirumah kawannya. Nak bawa kereta sendiri pulang ke rumah, tak larat katanya. Esoknya dia pergi berubat di kuantan. Moga abang tak sakit lagi. Itu saja harapanku.

Hari ni aku kembali ke sekolah semula. Kerja sekolah semua dah beres! Hanya tinggal satu test saja lagi. Arab. Tapi ustaz tak datang plak tadi sebab ada meeting. Dah dua kali test tertangguh. Ustaz..ustaz…

17DAYS TO GO! Itulah kata2 keramat yang aku tampal di dinding bilik. Aku ada 17 hari lagi untuk menghabiskan sem 1 yang penuh pancaroba ni. Semalam baru aku berkesempatan menyemak jadual final exam. Masya Allah..dasyatnya… exam aku berderet kali ni. tak sangka betul! Aku ingat boleh relax2 sikit....

28 METHOD OF SOCIAL RESEARCH
30 ARAB LEVEL 5
31 SOCIAL THEORY 1
1 ISLAMIC PERSPECTIVE OF SOCIOLOGY
7 PARENTING

Nampaknya terpaksalah aku lakukan perintah berkurung terhadap diri sendiri. Tinggal 5hari saja lagi untuk membuat segala preparations. Itulah, last minute punya pasal. Padan muka.

1 comment:

cakapaje said...

Salam,

Semoga berjaya cekalkan hati dalam 'peperangan'. Semoga berjaya menempa kejayaan, insyAllah.

.I ♥ Khat.




Grab A Button