CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

24 October 2007


Dua tiga hari ni, saya tak dapat tidur. Sehinggalah menjelangnya subuh. Insomnia? Entahlah. Tak pernah pula saya berjumpa doctor untuk bertanyakan hal ini. Saya lebih suka biarkan saja. Sakit kepala juga sering menyerang. Mujurlah bukan migrain. Apatah lagi sekarang makin hampir dengan final exam. Kesihatan mesti dijaga dengan baik. Agar badan cergas dan minda cerdas untuk menelaah seefektif mungkin. Saya masih belum mula study. Selagi persoalan yang membelenggu diri belum terjawab, rasa tak tenang untuk mengadap segala nota yang belum tersusun rapi di atas meja study. Moga Allah mudahkan perjalanan hidup ini, merungkaikan satu persatu persoalan-persoalan tersebut. ..ameen. doakan saya.

Semalam, saat mengenangkan permasalahan2 yang dihadapi, tetiba teringat satu ayat yang sering disebut2 masa sekolah dulu.
Maksud ayat tu, “barangsiapa menolong agama Allah, Allah akan menolongnya dan menetapkan hatinya”

Benar! Janji Allah itu pasti. Sebenarnya berat saya nak menerima sesuatu taklifan di bumi UIA ni kerana satu perkara. Saya bimbang saya mengabaikan family saya. Saya sibuk memperjuangkan misi dakwah di kampus, mahupun di luar kampus, tapi dakwah pada keluarga macam mana? Itulah yang saya risaukan dari dulu lagi. Pernah seoarang sahabat pesan, “ perjuangan kita ni tak pernah menyebabkan kita abaikan keluarga” tapi masa tu saya masih tak dapat keyakinan dari kata-katanya. Bila lah masanya kita nak dakwah keluarga? Dengan keadaan kita yang jarang balik, sibuk memanjang!

Tapi cuti baru ni, saya dapat merasakan sesuatu. Ada perubahan2 yang berlaku. Saya sangat tenang dan bersyukur dengan perubahan2 tersebut. Saya sujud syukur. Benar, ALLAH menolong saya. Memakbulkan doa saya. Sekalipun saya jarang dapat pulang, tapi saya tak lupa mengirimkan sms, menelefon, ahli keluarga saya. Cuba berpesan2 kepada kebenaran, mengingatkan kepada suruhan Tuhan, kewajipan sebagai orang Muslim. Saya berusaha memberikan contoh yang terbaik sekalipun saya banyak kekurangan. Saya gembira sekali dengan perubahan yang berlaku. Hidayah Allah….diberikan kepada hamba2 terpilih;) DOAlah, kerana Allah tak akan sia-siakan hambaNYA yang berharap sepenuhnya kepadaNYA.

3 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

persoalan?....kenapa tidak berkongsi bersama, mungkin kat kami ada jawapannya.
didoa agar anda terus berada di dalam kesejahteraan demi dunia Islam.

Anonymous said...

salam soalhati,

sayang sekali sim maxis saya dah mati, tidak ke selalu juga saya ber'sms' bertanyakan khabar keluarga di malaysia..

saya tetap tunggu sim yang baru akan sampai tak lama lagi

hehehe
(",)

-gug-

SoalHati said...

cermindiri,
maaf sebab tak dapat dinyatakan kerana confidential. saya sekadar meluahkan di blog agar rasa sedikit tenang...terima kasih kerana ingin membantu, teruskan doa buat saya ye:)

anonymous,
kene tunggu ye sim card..moga2 cepatlagh dapat. mesti rindu tahap gaban kan;)


.I ♥ Khat.





Grab A Button