CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

20 September 2007

Tak tenang aku belajar pagi ni. memikirkan adik dah bangun ke belum. tiket bas dia pukul 12tengah hari. tapi dalam kul11 dia kena datang dah. hantar motor, laptop dan terus ke greenwood. aku ada kelas lagi pukul 1130pagi ni. hmm.. alhamdulillah, mak call dia banyak kali. barulah dia bangun. makpun dah naik angin. sebab ganggu waktu tidur mak. pernah adik aku ni terlepas bas. sebab terlajak tidur. bila dia bangkit, tengok 124misscall! mana tak nya, semua org tolong kejutkan dia..mak, abah, adik bongsu dan aku juga. terus dia mengalirkan air mata. kempunan nak balik kampung. (aku lah yang paling geram sebab sia-sia je tiket bas yang aku beli dengan duit ptptn ku huhu)dia langsung tak sedar! tidur mati! kalau ada apa-apa berlaku, tak tahulah camana dia tu. kalau dah tidur macam tu. aku selalu kata ni penyakit keturunan hehe. sebab akupun pernah gak terlajak tidur tapi taklah sampai tak sedar orang call..

Selalu orang kata lafaz keramat bulan ramadhan ni... ramadhan yang sama, natijahnya berbeza. sama-samalah kita renungkan kata2 ni. sama ada kita tergolong dalam mereka yang rugi atau kitalah yang sentiasa merebut peluang untuk sentiasa beramal! yang jarang-jarang pergi masjid atau surau tu, janganlah malu-malu kucing nak pergi. usah fikir kata orang, fikirlah pandangan Allah dari pandangan manusia. kalau sebelum ni kita liat nak baca quran, nak solat sunat, fikirkanlah bila lagi kita ada kesempatan nak buat? confirmke kita hidup lama?

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button