CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

07 July 2007

Kembali ke kampus!

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kampus jam 530petang tadi. Semalam, aku asyik merenung kembali. Apa yang telah aku lakukan sepanjang aku berada di rumah kali ini.. Adakah aku benar-benar telah membantu mak dan abah, adik -beradik ku sebaik mungkin? Aku sedar, aku tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua orang. Aku buat setakat yang mampu. Hanya pada NYA aku mohon untuk terus melindungi hambaNYA yang lemah ini. Agar sentiasa berada dalam golongan mereka yang 'sedar'!

Sem 1 akan bermula Isnin ini. Keputusan peperiksaan yang lepas juga telah ku peroleh. Alhamdulillah, keputusan aku menenangkan hati yang sekian lama gundah gulana. Berkat perjuangan itu ada. Allah tolong! Sungguh! Sebab pada mulanya aku agak takut kalau-kalau aku terpaksa mengambil semula matapelajaran yang sama. Kerana tidak lulus. Maklumlah, carry mark pun rendah sangat..Tapi dalam masa yang sama aku sangat mengharapkan pertolongan Allah. Agar Allah bagi aku lulus!

Banyak perkara yang perlu dilakukan esok, lusa, tulat dan hari-hari berikutnya. Aku pasti, sahabat-sahabat lain pun begitu juga. Masing-masing ada tanggungjawab. Mesti dibuat walau apa jua keadaan. Usahalah kita untuk jadi seorang yang

*ENERGETIC ( JANGAN LEMBIK )
*TANGKAS ( CEPAT, PICK UP)
*BERANI ( AGRESIF )


Tak dilupakan amalan-amalan yang bisa menguatkan lagi rohani kita. Berpesan-pesanlah pada yang baik ye?

Hanya sekejap ku berdiri..ku lakukan sepenuh hati...

2 comments:

banggugar said...

salam,

selamat kembali belajar..

semoga selamat semuanya..

ngaji rajin2!..

(",)

SoalHati said...

syukran jazilan bang_gugar;)
ngaji betul2 tau! biar betul mad..idgham dan lain-lain tajwid tu hehehehe


.I ♥ Khat.





Grab A Button