CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

27 June 2007

Peristiwa 26 JUN 2007

SYUKUR SANGAT! MOGA IA BERTERUSAN!

Ada sedikit perubahan yang berlaku pada adik ku. Dia dah rajin menunaikan kewajipan utama sebagai Muslim. Solat! Mengajipun begitu. Tak perlu lagi aku memujuk dan memberi ayat perintah! Dia sendiri yang mengambil Al-Quran itu dan minta di ajarkannya mengaji.Terharu dan syukurku ke HadratNYA!

Bukanlah dia tak solat sebelum ini. Tapi liat sedikit. Mungkin hatinya terkesan dengan cd ceramah Ustaz Abdullah Khairi yang ditontonnya beberapa hari yang lalu. Pada awalnya dia rasa takut untuk menonton sendirian. Dalam cd tu ada dipaparkan video-video yang menyayat hati, memilukan dan “seghung” orang Terengganu kata. Lalu di ajak Wan (nenek) untuk menemaninya. Akhirnya, aku lihat kedua-dua mereka mengalirkan air mata…setelahmenonton cd itu yang hanya ada bahagian kedua. Wan minta aku buat satu salinan untuknya. Wan nak ajak cucu-cucnya yang lain untuk turut sama menonton ceramah tersebut. Alhamdulillah..

Hidayah itu milik Allah. DIA yang berhak memberi Hidayah kepada sesiapa yang diinginkanNYA. Berusahalah kita untuk mendapat Hidayah sentiasa!

Maaf, terpaksa diedit semula atas sebab-sebab yang tak dapat ku elakkan. Terima kasih.

21 comments:

Sunan_Jati said...

whahahha...

hi era faziro>..
xmo gunting rambut ka?!

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

gunting sendiri jer :p

hafiz238 said...

ceramah Ustaz Abdullah tu mengenai tajuk apa yer?

bisyri said...

a'ah, k.riah nak tau gak tajuk cd 2..hm..bagus terus terang 2..cume x kene cara je..huhu

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

tajuknya macam dlm satu cd tu, sy copy dari kawan je. kalau x silap, ade tajuk2 macam sejadah sembahyang, akibat tak sembahyang, akibat tidak mengaji. maaf ye, memang tak tahu tajuk sebenar. nanti st tanya kawan.

kak riah, boleh tanya dekma. dia ada copy ceramah tu.
lagi satu, ain mmg biasa bergurau dengan adik2. dan hari tu mmg dia sensitif skit. hehe..org cina tupun gelak jugak...dia snd mcm x berkenan adik buat fesyen gitu...

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

ha..dah tau dah. tajuknya "SATU KEBENARAN"

bang_gugar said...

salam,

kita betul2 mengharapkan mereka2 yg telah tersalah langkah tersesat dari jalan yg asal ataupun mereka yg jauh dari islam mendapat HIDAYAH Allah..

(",)

syauqah-el-wardah said...

teringat entry Ain "Bagai Ketam Mengajar Anaknya Berjalan"..

Kat situ Ain ada sebut kurang lebih begini, 'bagaimana mentarbiyah orang luar (bukan ahli keluarga) sedangkan mad'u terdekat yakni keluarga sendiri tidak mampu kita tarbiyah dan hatta diri sendiri..

Tapi, amalan kita bisa menjadi satu asbab untuk Allah makbulkan doa kita. di sini, wani nampak, bagaimana keikhlasan dan pengorbanan yang Ain dan sahabat-sahabat lain lakukan untuk Islam itu (mungkin lewat cuti lalu), menyampaikan hidayah itu buat adik bongsu Ain dalam hal tarbiyah ini.

AlhamduliLlah. Ain teruslah bimbing dan tunjuki dia. bila dah sedar, bersegeralah isi hati dan dirinya agar dia tidak kosong selepas menyucikan hati dengan keinsafan selepas menonton ceramah Us Abdullah tersebut. Insya-Allah, doa tetap diteruskan untuk ahli keluarga kita Allah pelihara daripada jilatan api neraka. Ameen.

Dan semoga Allah mengurniakan rahmat dan ganjaran kebaikan atas ilmu dan keikhlasan Us Abdullah dalam menyampaikan risalah kebenaran.

'Allahu a'lam

Maaf andai ada kesalahan.

abdul hayyi said...

tahniah 'ain...bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya ..

hm..nak berdakwah pada adik beradik yang lagi tua daripada kita mungkin agak sukar kan???

hafiz238 said...

thanks :)

Sunan_Jati said...

alhamdulillah!

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

bang_gugar-> terima kasih doa yg berterusan, Allah tak akan persiakan insyaAllah. x di dunia,d akhirat kita dpt hasilnya.

syauqah-el-wardah-> wani pekabar?lamanya x jumpa wani..rindu! tima kasih wani. ain harap mcm tulah. skrg nipun dah tak perlu suruh. mak kata baguslah mcm tu. dia dah ada kesedaran tu. mak kata moga2 nanti kak in dah balik uia pun, dia tetap macam tu. insyaAllah ain kata... kene ajar dia bab ikhlas plak nih:)

hayyi-> kak in bukan melentur buluh pd rebungnya dah tu..tu rebung dah tua skit hehe. kalau yg lebih tua, ada cara nak menegurnya. kene lebih dan lebih lagi berhikmah. biasanya yg tua ni,payah nak dengar kalau kita guna mulut..banyakkan tunjuk contoh yg baik...insyaAllah. mmg ambil masa utk seseorang berubah, dan kita kene sentiasa yakin dan percaya pertolongan dan janji Allah!

Sunan_Jati said...

kirim slam kat adeq yer... termasuk kakak nya jugak hehhe!

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

insyaAllah..salam akan disampaikan. kakaknya menjawab: waalaikummussalam wbt...

bang_gugar said...

salam,

adik2 kita ini perlu sangat kita menjaga sebagai saudara yg rapat dgnnya..

mcm2 yg perlu kita tengok.. perangai dia..

apatah lagi kalau kita adalah saudara sulung..

(",)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

betul bang_gugar. tapi saya number dua..:)tanggungjawab tu terletak dibahu semua orang yang 'sedar'

bang_gugar said...

salam,

betul tu..

sesiapa saja yg sedar perkara2 mcm ni..

dia la yg perlu bertindak melakukan sesuatu untuk seseorang itu kembali ke jalan yg asal..

tak kira sulungkah dia..
kedua ke..
ketiga mahupun yg bongsu..

tapi..
yg abg sulung la banyak diberikan tanggung jawab oleh mak ayah utk tengok2kan adik..

saya tahu..

sbb saya antara anak2 sulung dimuka dunia ni..

(",)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

betul tu. Mmmg yg sulunglah yg mak ayah letakkan tanggungjawab menjaga, mendidik adik2. tp ada juga yg parent x harapkan anak sulung sbb..anak sulung nak kahwin dah hehehe... jd automatically tggjwb tu pas pd yg nu2..kesimpulannya, makin besarlah tggjwb yg nu 2 tu huhu

**catatanj d atas hanyalah rekaan semata-mata..tiada kena mengena dengan yg telah mati. tapi mungkin ada kena mengena dgn yg masih hidup;)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

eloklah tu, tapi awak perlu berterusan dalam membimbingnya. tak gitu?....

Sunan_Jati said...

wahhaah hapdet pls!

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

cermin diri--> betul tu...sekarang ni dah kene balik kampus, jd payah sikit.hanya doa yg dpt ku kirimkan selalu...

sunan jati--> bukan x nak update..bru dpt online ni huhu

.I ♥ Khat.




Grab A Button