CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

22 June 2007

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan!


Sang ketam tak bersalah dalam hal ni!


10.30malam, aku dijangka akan menaiki bus. Pulang ke kampung halaman. Setelah 6hari berkampung di Selangor kerana program. Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan akhir seminggu yang lalu. Kini aku pulang lagi untuk beberapa hari. Pulang untuk melepaskan rindu pada keluarga. Pastinya tak terubat semua rindu ini. Rindu ini sentiasa ada. Berpanjangan. Sepanjang perjalanan pulang selama 4jam lebih, aku terasa hiba. Memikirkan sesuatu.. sesuatu tentang diri. Ku soal hati!

Aku bantu sahabat-sahabat. Menjayakan program pentarbiyahan untuk adik-adik. Memotivasikan adik-adik. Menyuntik semangat juang dalam diri adik-adik. Menyatakan kebenaran. Membetulkan mana yang silap. Pendek kata, segala yang dilakukan adalah usaha untuk membimbing adik-adik. Usaha untuk melihat adik-adik berada di jalan yang benar. Diredhai. Sesama manusia kita saling menasihatai dan menegur, hidayAh itu adalah milikNYA… Kita mesti terus berusaha untuk mencari hidayahNYA.

Sepanjang program di sana, hatiku tak henti-henti bertanya. Layakkah aku berdiri di sini? Layakkah aku untuk membimbing mereka? Bagaimana amalanku? Bagaimana solatku? Bagaimana bacaan Al-Quran ku? Adakah aku layak untuk berada di sini? Bagaimana dengan usahaku terhadap ahli keluargaku? Adik-beradikku sendiri? Insan paling dekat. Adakah aku berusaha jitu untuk turut membimbing mereka?

Hati rasa sangat takut. Bila teringatkan firman Allah dalam surah As-Saff-ayat 2-3:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ


كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Takutnya aku...Menitis air mata walaupun dihadapan adik-adik. Tak mampu ku tahan lagi derita perasaan ini! ya Rabbi, teruknya aku...

Andainya esok bukan milik ku lagi...

3 comments:

Anonymous said...

Nabi kata; "Sampaikanlah ilmu daripadaku sekalipun sepotongh ayat".

Tahniah buat Sdri Soalhati yang berjaya mengaplikasinya!

banggugar said...

salam,

wah!.. seronok program2 mcm tu.. dulu2 selalu jugak ikut sekali dikawasan utara..

selalunya musim2 cuti ni banyak program2 bagi menyedarkan anak2 melayu dan islam..

Alhamdulillah..

tapi..
lepas terbacakan ayat tu.. takut rasanya..
rasa mcm pandai cakap saja.. buatnya tidak..

insyaAllah sama2 kita cuba utk menunaikan apa yg telah kita curahkan..

amin ya Rabb..

(",)

SoalHati said...

abang afyan-->
terima kasih. doakan ana!

bang_gugar-->
kat sini banyak program utk budak2 sekolah..tak kira bermasalah atau tak. selalunya tiap2 kali hujung minggu ada yg perlukan pertolongan kita utk jadi fasi dll..masa nilah..ku soalhati..ku soal iman..


.I ♥ Khat.





Grab A Button