CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 March 2013

1st Anniversary

Assalamualaikum.
Pertama sekali, kubersyukur ke hadrat Allah kerana memberikanku menikmati kasih sayangNYA yang tak bertepi ini..terima kasih Ya Allah kerana meminjamkannya kepadaku..seorang suami yang selayaknya untukku..Alhamdulillah. Terima kasih juga buat mak dan abah mertua yang mendidik suamiku..akhirnya mnjadi seorang insan yang sangat kuhormati, kusegani, kukasihi dan kuminati ;)

Anniversary pertama kami sambut di Holiday Villa Cherating. Kenangan terindah! 

5pm bertolak dari Kemaman, 5.35 sampai destinasi:)

Sebenarnya abang book bilik through Asiarooms ..1 malam rm150. tapi kami sampai lewat, bilik penuh, mereka bagi kami bilik di pavillion..which is lagi mahal dari bilik yang kami book. tapi kami bayar harga asal..wah...sangat seronok! rezeki sokmo..hehe Alhamdulillah. Di pavillion ni lebih kepada rumah chalet tapi cantiklah. Rumah-rumahnya ikut negeri. Kami dapat Terengganu Pavillion;) tapi sayangnya, rumah kami tak ada swimming pool..rumah lain semua ada huhuhu~~ baru berangan nak berendam.. tapi bersyukurlah..sebab hanya bayar 150 untuk bilik yang best dah bagi kami:)


Amjad awal-awal dah rasmikan katil. Ada dua katil jadi kami rapatkan lepastu..:)

abah tak habis-habis lagi melepas rindu :P

sampai tu, lepas chechk in, guling2 kejap, kami keluar semula untuk menikmati angin petang dan indahnya alam :)

posing maut abah :P

Amjad senyap je duk ngan abah..selesa;)


ibu plak posing :P

angin kuat juga..tak sangka plak..amjad slumber je pakai seluar pendek..tapi masa menyusu ibu cover dia dengan tudung, bagi suam-suam sikit hehe

ramai juga orang..meriah..tapi kawasan penginapan kami tenang je ;)


anak bapak ni

sayang kamu berdua sangat-sangat ;)

semoga kita sentiasa bahagia walau apa jua diduga :)


bonding time with abah..ingat nak dukung juga, takut abah penat..tapi biarlah...hihi..kasi can dorang nak beramah mesra :P
Malamnya, abang surprise kan aku dengan candle light dinner.. MasyaAllah, memang tak sangkalah..rasa macam ala-ala romantika je:) Dah la memang tak miss menonton romantika tu..sekali diri sendiri dapat merasa..alhamdulillah, best sangat..indah sangat perasaan tu ...:))) Rasa nak ada orang record..hehe tapi tak ada :P record dalam memori sendiri jelah hehehe

Masa dalam perjalanan ke tempat makan tu, aku ingatkan candle light dinner tu kat restoren tu je..rupanya, jauh lagi hehe. Gelap! Takut juga hahaha bukan apa, almaklumla bawa baby kan..gelap-gelap macam tu, tepi laut lagi, bawah pokok rhu lagi..aku cepat2 baca surah-surah tertenatu dan hembus dikepala dan telinga Amjad..bimbang juga candle light dinner jadi benda lain plak nanti hahaha..tak naklah sudahnya Amjad menangis meraung2 plak :p Alhamdulillah, sepanjang kami berada di situ, Amjad menyusu dan tidur sangat lena.. Tq Allah.. terima kasih Amjad atas kerjasama yang kamu berikan..kasi chance ibu dan abah nak beromantika de amorr :P

cantik..:)
angin kuat sangat..beberapa kali usaha dilakukan oleh pelayan kami untuk nyalakan lilin hehe..finally, atas cadangan abang, dia letak kotak ni :P
lihatlah betapa lenanya Amjad ;)
Candle light dinner aku baju sempoi je huhu..tak sempat beli lagi nursing wear yang cantik2 sikit...tapi aku tahu, abang tak kisah..cuma sebagai isteri, aku naklah kelihatan cantik jelita dihadapan suamiku :P
1st hidangan...sedap walaupun simple! Salad ada udang, olive, nenas..sedap sedap sedap. Selalu tengok kat 727 je..sekali dapat makan malam tu..:))
suka sangat :P
ada segan-segan lagi masa ni nak beri ucapan romantik..hahaha sebab ada pelayan..bila dia duk jauh sikit baru cakap..itupun abang je yang aku paksa bagi ucapan..haha teruk tak ?:P
dah start pasang bon fire. Actually malam tu adalah earth hour. kebetulan yang indah:) jadi gempak plak rasa tengah candle light dinner, orang pasang bon fire..macam meraikan kita plak..hehe perasan sikit
meja kami jauhlah sikit dari bon fire tu..itupun pelayan tanya ok ke tak..takut kena api hahaha..tapi  kehangatannya terasalah juga sedikit..dalam sejuk-sejuk tu..dapat rasa sehangat asmara gituww :P
his
mine
saja order lain2 jadi dapat rasa dua2 :)
desertpun best...puding coklat dengan vanila ais krim dan buah2 cocktail
mushroom soup dan roti
Rasanya dalam 10.30 lebih kami mula balik ke Terengganu Pavillion. Ingat nak lepak lama lagi, nak meluahkan banyak lagi :P tapi fikir Amjad kesejukan nanti dan akupu lenguh tangan hehe kami pun balik dan sambung chit chat kat bilik.. Sukanya bila abang hadiahkan sekeping kad..letak senyap2 dalam handbeg aku..hihi...tapi aku tak perasanpun..bila aku bagi hadiah aku, baru abang cakap dia bagi kad, ada dalam bag.haha

Esoknya, kami bersarapan pagi di luar. Sarapan tak termasuk dalam pakej. 

Amjad awal-awal lagi isi perut kecilnya dulu :P

lepas brekfast, abang cakap nak swimming..haissshhh jeleous seyyyy!

tak ada kerja lain nak buat, breastfeed Amjad jelah sepuas-puasnya hihi







ni Melaka pavillion..cantikkan..
Dalam 12 tengahari kami checkout. Balik kemaman, pergi ambil gambar Amjad untuk buat passport;) Oh, hari ni boleh ambil dah passport dia..hehe~ oklah, nak keluar dulu, banyak kerja kena buat sementara Amjad tidur lena;) 

Last but not least, aku masih terngiang-ngiang uacapan suamiku pada malam candle light dinner tu..

"Semoga sabar menempuh segala cabaran hidup...(bla..bla..bla...) dan selamat menantikan percutian-percutian yang seterusnya"
aku berkata dalam hati "weeee......terima kasih banyak-banyak abang" ;))

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button