Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan?
Alhamdulillah, kini aku dah masuk 29minggu 3 hari. Tak
percaya rasa..kandungan semakin membesar. Harap-harap beratnya sesuai dengan
usianya. Perutpun membesar..tapi kalau tengah duduk, orang tak Nampak aku
pregnant, mereka cakap perutku cantik kui kui kui. Cantik tang mana entah.
Kalau berjalan tu, dah nampaklah kedepan perut tu. Kadang-kadang macam tak
percaya je bila lalu kat cermin besar kalau pergi shopping complex..mesti
tengok 2 3 kali..eh, aku ke tu??? hehe…Berat aku pula? Uuuiiss takutnya nak pergi timbang masa
check up 17hb ni kat Pusrawi. Ni check up kali ke2. Malupun ada dengan nurse2
tu..tapi ok lah kat Pusrawi timbangnya dalam bilik. Tak open macam KKIA aku
pergi sebelum ni..jadi kalau yang tahu berat akupun, nurse2 dalam tu aje. Hehehe~
Nak buat macam mana, kandungan semakin membesar.
Aku rasa aku taklah naik mendadak sangat..lately memang
berat ikut kesesuaian usia kandungan. 2kg sebulan dia naik. Masa 1st
trimester berat aku tak naik..lepas tu naik 1kg setiap bulan. Sekarang ni 2kg
plak. Ok lah kan untuk 3rd trimester..Moga-moga Allah berikan yang terbaik untuk anakku ini…dan juga diriku dalam
menghadapi jihad besar nanti. Takut juga sebenarnya. Happy tu happy juga. Tapi
bimbang jua mengatasi. Aku banyak istighfar dan berdoa. Tengok kawan-kawan lain
boleh hadapi, mengapa tidak aku? Huhuhu~ setiap orang berbeza pengalaman
bersalinnyakan..yang penting, ingat Allah uji sebab kita mampu. InshaAllah…
Semenjak kandungan berusia 7bulan ni…antara perkara yang aku
alami adalah:
- Pergerakan agak lambat especially dari duduk di lantai dan nak berdiri..fuuhh kena berpaut sana sini. Beratnya diriku ini.
- Suka sangat minum air masak. Banyak plak tu minum. Bagus bagus bagus
- Sakit pinggang dan sakit belakang..mungkin sebab berat naik dan kandungan membesar
- Sakit dada tengah malam..sejuk sangat rasa kat dada ni. Cepat je habis minyak yuyi tu..duk sapu sokmo setiap malam 3 4 kali. Bila cerita kat mak dan kak ipar, mereka nasihat supaya aku;
Elakkan minum ais, elakkan minuman sejuk.(Suami sokmo pesan ni tapi saya ignore aje huhu~)
Suruh encik suami urut selalu di belakang. Ehehe. Ini saya
suka
Alhamdulillah, menjadi kurang sikit dah sekarang ni sakit2
dada tu. Tak rasa ‘sebok’ doh
- Pergerakan baby angat aktif..sampai tertanya-tanya ..anak ibu duk buat apa lah kat dalam tu..hehe
Itu jelah setakat ini. Alhamdulillah masa 1st
check up kat Pusrawi tu, semuanya ok. Last check up kat KKIA Sri Rampaipun,
semuanya ok. Siap dapat pujian dari nurse lagi..especially sebab HB aku
bagus..13.1. sebelum tu 12.2. Hehe~ Alhamdulillah, semuanya kuasa Allah yang
mengaturkan. Syukur padaMU ya Allah. Kencing manis pun aku tak ada.
Alhamdulillah, dah dapat result MGGT tu..result lepas minum air gula segelas
besar itu! Hehehe..ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment