Assalamualaikum. Salam Lebaran buat kawan-kawan semua. Apa khabar? Sihat tak? Harap semuanya okey lagi bahagia walau di mana anda berada ye:)
Alkisahnya raya ke-4 aku telah ke Kuala Terengganu. Bertolak dari rumah dalam 7.50pagi. Ditemani Tirah. Mak suruh bawa dia sekali. Kononya as teman bercakap-cakap di dalam kereta. Tapi Tirah pergi dan balik tidur memanjang. Lena plak tu. Siap mengigau!
Lena! |
Singgah Dungun, ambil Izzah dan Tengku. Lalu bertukar driver:) Tengku drive sampai ke rumah pengantin perempuan di Rusila dan lain-lain destinasi berikutnya.. Alhamdulillah, kami sampai dalam 9.45. Tak berapa lama dah orang nak start majlis akad nikah. Paling suka sebab dapat bersua dengan ayah cik (TG Haji Abdul Hadi Awang). Seingat aku jumpa paling dekat (chewah paling dekat tu heehe) masa berusrah dengan TG di TM, Gombak:) Zaman kampus dulu..sshhhss...Jangan bagitau sesiapa! (Hahaha)
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Tepat jam 10.24am, sahlah Shawal dan Naailah menjadi pasangan suami isteri. Overall, sangat simple, tenang, mudah, aman, damai..I LIKE!:) Bukan senang zaman sekarang nak cari kenduri kahwin yang simple. Hatta sekarangni majlis tunangpun dah macam majlis kahwin! Kalau kedua-dua belah keluarga memahami, dapat menerima..mudahlah nak buat apa yg dihajatikan.. Tak perlu ikut adat orang. Kan?Kan?Kan?
Tenang sudaa:)) |
Selesai sessi makan dan bergambar, kami teruskan langkah ke rumah Didi. Sebenarnya duk fikir dah sebelum ni nak pergi beraya rumah siapa kat KT tu. Yelah, kalau dulu, rumah Yong, rumah Fidz..tapi semenjak masing-masing dah jadi bini orang dan mak budak ni (ups! Yong belum:) Jadi tak tahu nak ke mana..Fikir punya fikir, why not kita serbu rumah Didi hehe~ Alhamdulillah Didi ada. Dapatlah bersua muka dan minum 2 gelas air jambu:) Dahaga banget..Panas kot. (Sampai sakit kepala wawawa...)Terima kasih Didi:)
Usai solat Zohor di rumah Didi, kami ke rumah Shaferul Hafes pula. Orang tu beriya ajak. Jadi kenalah penuhi undangan sesama muslimkan:) Cantik rumah Shaferul. Sesuai sangat kalau nak buat iklan-iklan pulanglah beraya di kampung hehe. P-rol, jangan marah aa... Lagi satu sebab penuhi juga jemputan P-rol ni, sebab nak minta dia ikut sekali pergi rumah Ayahanda Adnan Sulong! Kami tak ingat jalan dah! Pernah pergi sekali je..Itupun beberapa tahun yang lalu... Ish ish ish...
Cantikkan..:) |
Alhamdulillah, bukan kami je gather rumah cikgu, Hayyi dan isteripun datang sekali (hehe macam tak kenal je isteri dia:P ) Apa lagi, bila budak-budak sheikh malek mula berkumpul, cikgu Adnan pula tuan rumahnya, maka bermulalah pelbagai kisah, luahan, cerita, pengalaman, usikan dan lain-lain lagi. Memang best!!! Sukalah dapat bersua dengan Ayahanda. Lama sangat dah rancang nak ketemu tapi tak kesampaian. Seingat aku last jumpa kat sekolah. Masa tu time aku cuti kampus kejap.
Anak cikgupun dah besar-besar dah. Suka tengok family cikgu;)) Duk beraya rumah cikgu, ada dalam 2jam kot. Balik tupun sebab dah 3 keluarga dah datang balik beraya. rumah cikgu Kami je yang masih setia. Tak bangun-bangun hehe~ Akhirnya, mengundurkan diri juga. Nak berangkat pulangpun jauh juga, jadi tak bolehlah bertolak lewat-lewat sangat.. Dalam 5.30, kamipun beredar. Sebelum tu........Jom cikgu, bergambar kenangan!:)
Sayang semua!:) |
Dalam 7.30malam kami selamat tiba di Dungun. Hantar Izzah, kemudian singgah rumah Tengku kejap. Minum air segelas, akupun terus meneruskan perjalanan pulang ke Kemasik. Tirah? sambung tidur lagi:) Takut juga masa drive malam tu. Aku jarang sangat drive malam-malam. 1st time lah tu drive dari dungun malam-malam. Takut juga. Tapi banyakkan berdoa pada Allah. Mohon dengan sangat Allah lindungi. Especially bila lalu kat selekoh-selekoh tajam tu huhu~ Mengucapjelah masa tu. Mulut memang terkumat kamit. Radio off terus. Takut mengalamun..Aku kalau seorang diri okay lagi kot. Tapi bila ada anak orang sekali, rasa takut tu lebih sikit. Sebab budak tu atas tanggungjawab kita.. ALHAMDULILLAH, segalanya selamat:) 8.30pm, savely arrived!
SoalHati suka ini:) |
No comments:
Post a Comment