CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

04 October 2009

Life must go on!

Assalamualaikum geng2 semua :)

Waduh2..penatnya. Aku baru sudat buat air customer. Malam ni ada match bola. Ramai sikitlah. Time ni aku tak berapa suka jugak. Sebabnya orang ramai serentak, masa nilah aku kena pantas dan cekap. huhu~ biasanya masa nilah paling pening kadang2. Nak2 kalau 1 meja tu bermacam2 jenis air especially air buah. Jadi kalau anda semua ke kedai makan secara beramai2 tu, orderlah air yang mudah2 & sama belaka heheheh.

Perkembangan terkini? Makin berkembang haha. Aku sekarang sambung semula jadi ganti kat SKSP. Sekolah yang aku dah siap buat majlis perpisahan tu hihii. Mujurlah tak beriya sangat 'perpisahannya'. Tapi sempatlah bagi hadiah sikit kat budak2 tu. Memang dapat rasa dah akan kembali semula ke sekolah tu, cuma tak sangka 'perasaan' menjadi nyata. Time kena panggil semula tu, aku dah mengajar kat sekolah swasta hampir seminggu. Namun, atas beberapa faktor yang mesti aku pertimbangkan sehalus2nya, aku terpaksa berhenti & mengajar di SKSP. Syukran kepada Mudir yang sangat memahami & memudahkan lagi kerja aku. Maaf kerana ,menyusahkan pihak sekolah... Alhamdulillah, kini semuanya berjalan lancar..

Penat? Memang penat sungguh.. Pagi2 dalam 7am aku dah bertolak ke sekolah. Balik almost dalam 1.15 kecuali hari co-co. Biasanya sampai rumah dalam 2pm jugak sebab singgah mana yang patut otw tu. Sokmo singgah kedai abah lah. Tengok2 apa yang patut (haha tengok je bukan nak tolong). Lepas tu rest kejap, dalam 6pm aku masuk kerja kedai mak plak. Kerjala sampai 11-11.30malam. Lepas tu? zzzzZZZZ tidurlah! Himpun daya.. huhu~ Memang penat bekerja ni beza sungguh dengan penat time belajar. Mana aku suka? Entahlah.. :) Semuanya pengalaman hidup belaka kan...

Ok, di sini aku titipkan gambar2 masa sambutan hari raya di sekolah. Buat kenang2an di hari tua.. :)

Ni Ustazah 'Ain tolong lilit (nampak sangat ustazah ni tak de kerja :)

Belajar pakai baju raya.. Tak da mood sangat nak belajar:)


Comel2 belaka

Tulis nama dulu kat bekas masing2...

Banyaknyerrrr

Cikgu cop dulu nak makan yang mana.. Aku siap ambil polistrine hehehehe

Selamat Hari Raya!

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button