CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

14 October 2009

Konvo! TQSM Family & Sahabat:)

Tanggal 11.10.09 aku sekeluarga bertolak ke KL. Petang jgaklah kami dapat memulakan perjalanan. Tak ada gaduh2 nak sampai. Sebab plan memang nak hadir konvo aku je. Kalau nak jalan2 pun maybe selepas konvo tu kejap. Lagipun baru je lepas raya..jadi tak boleh shopping sangat dah:) Alhamdulillah, dalam 10malam kami selamat tiba di Brisdale hotel. Aku suka sangat tidur hotel ni. Sebab bila buka langsir, nampak permandangan KL, KL Tower & Twin Tower. Memang bestla kalau ambil gambar kan... hehe:) Lagi satu sebab dia center & bawah tu chowkit. Senng nak beli2. Cuma kotor sikitlah area tempat makan situ huhu~

Lepas makan2, jalan2 kejap, kami terus naik hotel semula. Terima kasih kat Abah sebab dah siap2 book. 2 bilik. Yang kelakarnya, ingatkan tak sebilik dengan mak ni, tak ada la mak nak lepak2 dengan kami.....sekali ada pintu kat tengah2 antara 2 bilik tu kih3. Jadi mak macam biasalah, suka duk kat kami lagi(aku+Wan+Fequl+Akuz). Malam tu aku tak dapat tidur. Tak tahulah, aku bukan bimbang nak naik pentas terima ijadah tu (hehe Pak Sudin sebut Ijadah) tapi aku bimbang kalau2 jem teruk & sampai kampus lambat. Lepas iron pakaian2 family semua, aku try tidur...Dalam 2.30am..Setiap sejam aku terjaga.5.30am aku dah bangun huhu~

Dalam 7pagi juga aku bertolak ke kampus. Dalam hati dah berdebar2. Padahal sampai awal je:) 7.25 sampai kampus. Tempat parking depan CAC pun lengang lagi. Yeay! Saya suka :)

Memandangkan hanya 2 orang sahaja yang boleh masuk CAC, aku hantarkan dulu Wan dan adik2 aku ke Main Audi. Tak sampai hati pula nak tinggalkan mereka kat situ, tapi apa boleh buat...huhu~ Aku pimpin Wan sampailah masuk hall. Aku harap Wan 'enjoy' di sana. Akupun dengan pantas mendapatkan mak abah ku pula. Kesian abah. berubah air muka. Abah tanya kenapa tak bagitahu kena pakai pakaian kebangsaan..Aku tak bacapun huhu~ Maafin ya bah...

Sekejap saja sesi ucapan Rector. Tak sangkala pulaaakkk.... DUP DAP DUP DAP! :) So inilah gambar2 koleksi kenangan sempena Majlis Konvokesyen UIAM kali ke 25:)

Menangis terharu...(haha panas la :P )

Sahabat2 Terengganu

Family tersayang! Fequl ambil gambar ;)

Wan tercinta! Wan Rokiah binti Wan Ngah:: Ijazah perubatan tradisional hehehe

Akuz.....nanti awak plak konvo! Cepat2 sikit yer

Berbaris nak masuk hall

Teman seperjuangan

Abah tercinta!

Abah dan Mak...itulah permulaan kami...dapat melihat bulan dan matahari...aaa..aa..aa...

Selesai bergambar serba sedikit, akupun follow 'Alyaa hantar jubah konvo & collect scroll. Ohye, aku pergi tempah gambar sekali. Dia kata paling lewat dapat dalam masa 3 minggu. Alahai..lamanya! Takpelah, nak datang KL sendiri lepas ni, malas dah...huhu....Tak banyak duit ma.... Jadi aku settle terus semuanya pada hari tersebut. Memang keletihan sungguh!!! Aku mohon family aku duduk rest je dalam kereta sementara aku setel kerja aku. Huhu kesian plak kat family time nih.....Mujur after keluar hall tu aku bawak family pergi isi perut dulu semuanya.. Jadi taklah lapar sangat duk dalam kereta tu:)

Sedih juga tak dapat bergambar setiap sudut yang diingini bersama jubah konvo tu.. Tapi takpelahkan.. Sikit2 sudaaa...Daripada tak ada langsung :p

Dalam 3pm kami sekeluarga chow! Pergi KL pula. Family ada nak beli ole2 sikit... Jadi dalam 5.30pm jugakla bertolak pulang ke kampung....'Alyaapun naik sekali. Alhamdulillah, 10malam kami selamat tiba dengan lindunganNYA :)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button