CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

23 May 2009

Kenangan Terindah Tuisyen Teacher 'Ain~

Hari ni, aku meneruskan rutin biasa untuk setiap hari Sabtu. Usai Subuh, mengaji dalam beberapa muka, hajat hati nak lelap seketika. Nak hantar kawan pergi kerjapun lambat lagi. Ada masa lagi setengah jam. Pakaian aku nak pergi mengajarpun dah siap iron semalam. So, boleh tidur kejap nih! Tapi tengok-tengok, kawan dah siap kemas tempat tidur.. Alamak, tak dapatlah nak teruskan hajat dihati tadi. Sememangnya tersangat mengantuk sebab semalam tak dapat tidur awal. Payah betul nak lena semalam.. Akupun batalkan saja niatku. Dalam 7.10, bersiap-siap untuk menghantar kawan, seperti yang telah dirancang dan dijanjikan semalam.. Tapi, tiba-tiba kawan pergi dulu..

Dalam 8.25pagi, setelah bagi makan kat AEY, aku pun memulakan perjalanan ke pusat tuisyenku. Kali ni pergi dengan Teacher Teha:) Aku decide dari hari tu nak mengajar bersama-sama Teha. Bukan apa, budak-budak tu different level. Kalau aku ajar seorang diri dalam tempoh 2 jam, seramai 11 orang dan kelas hanya 4 kali sebulan, rasa tak berbaloi plak dengan bayaran yang dihulurkan oleh ibu bapa mereka. Huhu~ Aku rasa bersalah sangat bila aku mengajar dalam satu waktu tu, tapi impaknya tak seberapa. Reason? Sebab tak sempat nak fokus setiap orang.. Tak patutkan? So, hari tu aku start ajak Teha dan kami divide adik-adik ni into 2 groups. Yang advance sikit aku handle. Yang still tertukar huruf 'b' dan 'd', aku bagi kat Teha. Tapi bagi aku lagi mencabar ajak yang dah advance ni, sebab semuanya tersangat aktif! Kalau group Teha, depa ni mudah sikit nak dengar kata dan ikut semua yang kita suruh :) Sesekali rasa jugak nak tukar grup hehe~

Hari ni aku bagi bebudak ni latihan yang aku buat sendiri. Pelik jugak, buku ke2 yang Penyelia tu sediakan, tak ada langsung latihan.. Ah, bosannya kalau semuanya kena ''let's read it" huhu~ Aku sendiri tak larat nak jerit saja selama 2 jam tu. Kalau ada latihan, time tu bolehlah simpan suara sikit. Alhamdulillah, semua berjaya buat dengan baik sekali. Sampai ada yang terpaksa aku bagi 4 stars.. hehe~ Selalunya 3 je kalau cemerlang buat latihan. Tapi ni jadi extra 1 sebab terlalu cemerlang! Ada 2 orang yang dapat 4 stars. Si Arif Hilmi dan Nurul Izzati :)
Abdullah, dia ni sepatutnya bawah jagaan Teacher Teha, tapi disebabkan tak nak berpisah dengan abangnya, si Umar, diapun join kelas Teacher 'Ain. Tapi so far alhamdulillah, dia boleh ikut. Lagipun kat rumah dia biasa speaking. Cuma kalau mengeja tu dia ada confuse sikit. Tapi daripada dia meraung tak nak masuk kelas & muntah-muntah(disebabkan terlalu takut dan tak naknya dia masuk kelas), baik aku biarkan je dia duduk dengan abang dia. Pagi tadi, dia warnakan jet yang aku lukis...

"Teacher, teacher, pas.. pas.."
"Pas? what is it?" Mataku tertumpu pada latihannya lalu memandang Umar mengharap penjelasan. Umar kata,
"Adik saya minat sangat PAS teacher..." sambil tersengih.
"Owhh.. PAS.... teacher ingat apa tadi..."

Masya Allah.... Tak sangka sampai tahap tu Abdullah fikir. Baru 5 tahun. Tapi bila suruh warnakan jet tu, dia boleh lukis bulat-bulat kat jet, lepas tu warnakan dengan warna hijau. Konon-konon tu jet PAS lah. hehe~ Abdullah.. Abdullah..

Ada seorang student aku, anak yatim piatu. Dia ni memang cerdik sungguh. Cuma hyper aktif sikit. Kalau nak tarik perhatian dia, aku akan laung "Akim, ok tak?" Dengan penuh semangat dan tegasnya dia akan respon "OK!". Lepas tu dia akan ambil balik pensel dia dan sambung kerja. Kalau tak panggil macam tu. Tak tahulah bila nak siap kerja dia. Tapi aku suka sangat Akim ni sebab dia bila habis kelas, dia yang selalu rajin susun meja dan kerusi. Kemas apa yang patut di saat kawan-kawan lain sibuk ambil beg masing-masing nak beratur balik. Boleh diharaplah.. Bertanggungjawab:)

Tengah asyik ajar, Izzudin langsung tak ikut apa aku sebut. Dia duk pegang perut dia.

"Izzuddin, why?"
"Teacher.............................. saya.........................lapar...."
"La, baru pukul 10. Kita makan 10.45 eh?" Tak pernah-pernah Izzuddin macam tu. Selalu adik dia si Ain yang cakap lapar dalam kelas. Ni dia pulak.

Aku meneruskan perkataan yang seterusnya. Sekali lagi Izzuddin langsung tak sebut..

"Izzuddin..."
"Teacher....... Lapar saaangat dahni"

Hmm.. kalau macam ni terpaksalah makan dulu. Aku bukan apa, kalau dah start makan, payah nak suruh budak-budak ni sambung belajar semula. Mesti depa tunggu nak main bola je. Sebab kebiasaanya macam tu. Akupun terpaksalah hidang makanan awal hari ni.. Macam biasa, buat air grape & syrup, duduk dalam bulatan dan makan sama-sama dengan teacher...hehe~ Sambil tu teacher akan dengar pelbagai jenis story telling dari bebudak ni

Harini ada student bawak roti telur. Wah, sedapnya! Terliur teacher..

"Who bring this roti telur?.. Siapa bawak?"
"Saya teacher.."
"Nak makan kat sini ke?" (Aku tanya sebab aku takut dia tak cukup makan nanti.. kawan-kawannya ramai.. huhu~)
"Aah..!"
"Nanti tak cukup?"
"Takpe, bagi-bagilah.."

Allah, terharu sungguh.... Akupun 'siyek-siyek' kan roti telur tu.. Buat 2 pinggan dan tuang kuah kari siap-siap. Tak sampai 10minit, habis! huhuhu~ Aku sempat jamaH sikit je. Sampai tak cukup budak-budak ni.. Umar plak sampai jilat-jilat kuah.. Ya Allah, suka sangat roti telur rupanya.. Tak laku donut dan karipap yang teacher bawak.. Ada sekali tu, si Abdullah pegang roti telur yang last tinggal. Pastu si Alif & Izzuddin kata "nak.. nak..." . Abdullah dengan pantas 'siyek'kan roti telur kat tangan dia yang tinggal ciput je tu.. Dia bagi kat Alif sikit, Izzudin sikit. Ya Allah, terharu sungguhlah tengok budak-budakni.. Roti telur kecik tu je tinggalpun dia terfikir lagi nak belah-belah nak bagi jugak kat kawan dia...Walaupun kawan dia dah makan banyak...

Macam biasa, habis tuisyen pukul 11. Aku bagi budak-budak ni main futsal kat laman PASTI. Alif dengan Arif, dua beradik ni memang minat bola habis! Sampai abah depa datang on time nak ambil depapun, depa boleh mintak atunggu kejap sebab nak main bola. hehe~ Mujur abahnya sporting. "OK, abah bagi 2 minit. Mainlah dulu"

Masa nak berangkat pulang ke kampus, lepas tunggu semua budak-budak diambil penjaganya, Penyelia tuisyen datang jumpa aku. Aku tanya kak Ros tentang jadual mengajar bulan Jun nanti. Terkejut aku.. Kak Ros kata kemungkinan bulan depan tak ada tuisyen. Sebab cuti sekolah. Hah? Ya Allah sedihnya.. aku tak terfikir plak budak-budak ni akan bercuti nanti. huhu~ Aku membayangkan minggu terakhir bulan 6 nanti adalah hari terakhir bersama mereka memandangkan aku sendiri akan melangkah keluar dari kampus hujung bulan 6 nanti. Aku hajat nak buat party skit, nak bawak kek, nak bagi hadiah setiap orang dan adakan sesi fotografi. Huhu~ bisakah ia jadi nyata?:(

Patutlah hari ni rasa nak habiskan sylibus buku tu.. rupanya... saat berpisah mungkin dah tiba~huhu~ sedihnya Taecher 'Ain.............:=(

♥Alif♥Faris♥Danish♥Wafiy♥Abdullah♥Ain♥
♥Umar♥Arif♥Izzuddin♥Akim♥Izzati♥

... Teacher gonna miss u all...

1 comment:

nurayunni said...

suke bce crite dlm blog nie..nice...


.I ♥ Khat.





Grab A Button