CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

08 January 2009

Jadual sebenarnya.

Semalam kami mengecat banner palestin. 2hari lepas kami siap melakarnya. Alhamdulillah banner semua dah siap. Terima kasih tak terhingga buat sahabat-sahabat merangkap 'anak-anak' ku semua yang bertungkus lumus dan bersemangat waja menyiapkan tugasan kali ini! Ku, Ila, Izzah, Farhan, Kak Naim, Bik 101 , Mem, Kak Ainon, Acu, Kak Lang, Wa, Asma' dan 2 orang adik yang datang........BONDE SAYANG KAMU :) Semoga usaha kecil ini jua dikira jihad di sisi Allah.


Hari ni aku ke kelas political thought 1. Sampai kelas dalam 11.50am. Masih ada kelas lain di dalamnya. Aku menanti saja di luar. Namun, 12pm, masih tiada student yang keluar. Lecturer juga masih rancak mengajar. Student lainpun tiada yang menanti di luar kelas ni. Hanya aku seorang. Hati dah terasa kepelikannya. Mana mungkin aku tersilap jadual. Semalam baru aku terjumpa lecturer aku dan segala kekusutan mengenai subjek yang bertembung waktunya telahpun selesai. Madam kata datang saja kelas next week walaupun hakikatnya aku di section lain. Kiranya menumpang dikelas tersebutlah. Jam 12-1.20pm. Aku mengiyakan saja. Dibenakku, madam ni tersilap ni. Esok kan ada kelas political thought 1...

Hakikatnya, aku yang tersilap! hehehehe.... Tadi aku berlalu dari kelas tersebut dan ke bilik madam sekali lagi. Benarlah, kelas tu hari Isnin dan Rabu la..... ayyoyoyo... Maknanya, finally jadual kelas aku sem ni adalah:


Isnin & Rabu:
1200-0120: Political Thought 1
0330-0450: Language for Occupational Purpose
0530-0650: Principle of Public Relation


Selasa & Khamis:
0200-0320: Social Change & Development.
Aduhai.......betapa tak balance nya jadual aku sem ni.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button