CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

03 September 2008

kembali ke kampus!


Assalamualaikum…

InshaAllah malam ni aku akan kembali ke kampus semula. Bas Mara Liner jam 10.45pm dari dungun. Mungkin tba di kemasik dalam 1130pm. Sedih plak rasa. Dapat merasa puasa di rumah 3 hari cuma. Lepas ni bila lagi aku dapat balik? Pastinya every weekend juga sarat dengan aktiviti. Nak balik rumah pasti payah dan serba salah. Alamatnya, aku balik bila nak raya nanti jelah.nangih

Aku suka puasa di rumah. Dapat tolong mak berniaga.Dapat buat kuih untuk dijual. Dapat berbuka dengan mak, abah dan adik-beradik. Dapat pergi terawih kat surau kampung. Dapat kenal penduduk kampung ni. Walaupun kehadiran tak ramai, surau pun taklah besar mana. Tapi seronok sebab rasa dekat dengan masyarakat.. masa nilah nak kenal orang kampung kat sini. Selama aku pindah ke Kemasik ni, orang kampung tak berapa kenal aku. Aku lagilah tak kenal orang kampung. Teruk betul.adus Ada juga yang tak tahupun Kak Ma( panggilan orang kampung pada mak aku) memiliki seorang anak perempuan yang kian meningkat usianya. rinduHehe. Ada sekali pelanggan mak datang, dia nampak aku tengah bekerja, lantas di ajukan aoalan pada mak, “Kak Ma, ni pekerja baru ke?” aku berdehem saja. Ai…aku anak taukelah! ketukmejeMakpun bagitaulah orang tu.. “Ni anak Kak Ma….” Memang orang jaranglah nampak aku. Sekali sekala balikpun, aku kerja belakang tabir. Buat air. Bukan ambil order ke, hantar order ke.tak pernah! Sebab? Malulah… malu

Takpelah, nak buat macam mana kan. Perjuangan perlukan pengorbanan. Walaupun hati sangat berat untuk melakukannya, tapi itulah namanya pengorbanan! Moga Allah kuatkan semangat aku untuk terus menimba ilmu dan pengalaman di rantau orang… doani belum pergi oversea lagi… dah homesick gitu sekali. angkatkening

ros"...jika Allah sayang pada seseorang maka
diberi iman...jika Allah sayang lagi, diberi kekuatan untuk amalkan
agama dengan sempurna...dan jika Allah sayang lagi, Allah akan
susahkan dalam urusan menegakkan agama...selamat berjuang!"ros

Hadapan kedai

Lauk pauk untuk berbuka puasa.

Menu Special- Pengat Durian.

Sempat jua petang ni aku buat puding untuk mak. Mulanya mak suruh buat puding cocktail..tapi cocktailnya gak ada,jadi aku buatlah puding gula hangus..

Puding gula hangus yang dah siap dikukus. 15minit saja.

Tara...! Inilah hasilnya Puding Gula Hangus (favourite bondaku)
-tak pasal-pasal pakcik jual gas sound aku.."gambo puding pung mu nok amik gambo gok?"-

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
Secawan susu pekat
7 biji telur
(Ada buat 9biji. Terpulanglah ye. Soalhati sengaja kurangkan telur)
1 sudu kecil esen vanila.
Secubit garam.
4 Sudu besar gula

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan-bahan tersebut kecuali gula.
Pukul sekejap.
Jangan sampai kembang sangat ye.

4 Sudu gula di masak dalam periuk sehingga hangus sedikit.
Masukkan sedikit air.
Kacau sehingga warna gula bertukar keemasan.
Tuangkan air gula hangus itu ke dalam bekas dan ratakan.
Biarkan dalam 3 minit.
Tuangkan bahan-bahan yang kita dah kacau sebati tadi ke atas gula hangus yang dah rata dan mula mengeras itu.
Kukus selama 15minit.
siap!
Selamat mencubatepuktangan

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button