CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

01 September 2008

CORETAN PAGI 1 RAMADHAN

Aku baru balik hantar wan. Tak puas rasanya 2 hari saja bersama wan. Hanya dapat bersahur dengan wan. Tapi tidak berbuka. Ada wan, rasa seronok. Ada tempat bermanja. Ada tempat meluah rasa. Wan kena balik rumahnya juga. Ayam itik dah rindukan wan. Cucu-cucu wan yang tinggal sekali dengan wanpun dah berkali-kali telefon. Bertanyakan wan bila nak balik. Ada perebutan tokwan di situ..huhu…tension

Otw tadi, singgap pasar Kemaman, beli-beli barang untuk wan bawa balik kampung dan barang-barang kedai juga. Bulan puasa ni, menu masakan mak berubah sikitlah. Kebiasaannya mak sediakan masakan panas, itupun bila ditempah pelanggan. Tapi ramadhan ni, mak kena masak siap-siappelbagai jenis lauk pauk……dan aku…akhirnya confuse nak pilih lauk mana satu. Semuanya lazat lagi menyelerakan kih kih kih…rindu

Kemudian, kami ke sebuah pasaraya. Memang selalulah juga beli barang dapur kat sini. Turun je dari kereta…telingaku terus menangkap lagu itu.. “dalam dingin subuh…hatiku terusik..kenang nasib diri di rantauan..bergema takbir raya……” ya Allah! Awal giler pasang lagu raya. Ingatkan satu lagu je, rupanya lepas satu, satu lagu raya dimainkan. Ish..ish..ish..bukalah lagu ramadhan ke…(ada ke lagu ramadhan? Ada, tapi tak banyak..) puasapun belum separuh hari, dah pasang lagu raya. Dasyat betul pasaraya ni…hah

Hmm…semalam, ada sesuatu kelainan sedikit menyambut kehadiran terawih..mulanya aku nak pergi dengan adik saja. Tapi akhirnya, bakal kakak ipar akupun ikut sekali. Huhu seronok plak. Tapi aku still dalam proses nak mengenali hati budinya. Tak segan, tapi tak tahu nak sembang apa ada awal perkenalan. So far, Alhamdulillah, ok la tu! starstarstar

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button