CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

06 August 2008

IKHLAS VS....

Assalamualaikum. Kawan-kawan sihat? Harap sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Aku sihat..Cuma baru pulih dari migrain yang menyerang dalam 2 3 hari ni…mak pun kurang sihat. Demam lagi..lambatnya dapat balik! Nak jenguk mak… nak kacau Fequl study. Nak tolong abang untuk kahwin nanti… nak keluar jalan-jalan cari makan dengan abah. Nak tidur bawah ketiak wan! Hehe.. Actually kehidupan menjadi semakin sibuk dan sibuk. Ya, bermula di awal sem lagi. Penat, tapi gembira! Kenapa?

1) Aku dapat spend masa sebaik mungkin. Kalau tak sibuk, mesti aku layan cerita jepun atau korea yang dah beberapa kali aku tengok. Tapi tetap tak boring! Huhu

2) Berat turun sikit. Huhu. Bukan senang tu. Tapi doctor pesan juga masa kempen derma darah hari tu, doctor kata kena jaga kesihatan, sebab tekanan darah rendah masa doctor buat medical checkup tu. Tak pernah-pernah plak sepanjang hayat aku ada masalah tu.mungkin sebab sepanjang minggu tu, aku tak cukup tidur dan rehat. Jadual makan pun tak teratur. Selalu mesti on time makan. Bukan apa, takut gastrik. Tapi masa minggu tu, gastrik menyerang juga tengah-tengah duk meeting, cuma aku cepat-cepat jamah biskut yang hospital bagi. So hilanglah hehe. Then aku continue meeting lagi…

3) Gembira juga sebab bila time tak ada meeting, rasa nak study membuak-buak! Kalau tak sibuk, mesti aku agak liat nak study, nak buat assignment dan lain-lain yang berkait dengan soal akademik. Aku mesi buat kerja lain…dan selalunya, explore segala macam benda yang ada dalam laptopku.

Hmm.. dalam kesibukan ni, kena beringat selalu. Sahabat pesan, kita buat kerja, yang penting ikhlas! Tahu tak siapa musuh ikhlas? Riak? Kalau riak memang tak ikhlas dah tu. Sebab tu nak menunjuk-nunjuk. Musuh ikhlas ialah ujub. Ujub ni membawa erti kita rasa kita hebat! Ha… bahayakan! Sebab rasa ujub dalam diri ni, orang lain tak Nampak. Tapi kita sendiri yang merasainya. Adakala kita mungkin tak sedar kita ni terlalu bangga diri, kagum dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri.. akhirnya? Kita rasa kitalah paling bagus! Istighfarlah banyak-banyak. Segala kelebihan yang kita ada, sedarlah itu pemberian Allah. Bila kita berjaya lakukan sesuatu, kita syukur, kerana Allah mudahkan untuk kita. Bukanlah bermaksud kita kena rasa rendah diri. Tapi merendah diri…

Ok, sekian dulu buat kali ni. Nak siapkan outline assignment EAP. Seronok rupanya amik EAP ni… sebab dapat sir yang sangat sporting hehe.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button