CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

30 August 2008

3 BUAH KERETA POLIS HALANG MAHASISWA BANTAH KONSERT

29 Ogos 2008, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang berhimpun secara aman selepas Solat Jumaat di Masjid Negara tidak mempedulikan ‘gangguan’ polis Bukit Aman yang cuba menghalang himpunan membantah pemberian ‘permit’ oleh Jemaah Menteri Malaysia kepada terhadap kehadiran artis penuh kontroversi, Avril Lavigne walaupun ia telah mahu dibatalkan oleh pihak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar (PUSPAL), Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KPKKW) sendiri.

Himpunan itu diadakan juga untuk memberi peringatan dan menasihati kerajaan Malaysia sekiranya konsert yang dijadualkan pada malam tersebut (29 Ogos) tidak memenuhi syarat-syarat yang telah diletakkan oleh kerajaan sendiri ketika meluluskan konsert ini, seluruh mahasiswa Islam di seluruh negara tidak akan teragak-agak untuk mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kabinet yang telah meluluskan konsert tersebut ketika umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dan bulan Kemerdekaan.

Ketua Lajnah Dakwah GAMIS selaku Pengerusi demontrasi aman itu, saudara Yusri ketika ditemui menyatakan rasa hairannya dengan sikap double standard polis ‘pengacau’ yang dilihat begitu ghairah untuk menyekat kebebasan bersuara mahasiswa selepas segenap cara perundingan dan diplomasi telah dilakukan mengikut prosedur oleh GAMIS. “Kami bukan pengganas. Kami mahasiswa yang bertindak berdasarkan ilmu, ambil inisiatif nak jaga negara ni dari penjajahan minda. Kenapa kami yang tak sampai 100 orang berhimpun nak cegah mungkar dihalang sedangkan 5000 mahasiswa UITM yang berhimpun untuk protes cadangan MB Selangor tanpa melalui proses dialog terlebih dahulu dengan beliau, tidak pula polis halang. Inikah gambaran yang akan berlaku selepas AUKU dipinda nanti ? Double standard !!! ” ujarnya.

Saudara Hilmi Khusairi ketika memberikan ucapan di hadapan Masjid Negara tersebut menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia belum benar-benar ‘merdeka’ sekiranya agenda ‘pembaratan’ pemikiran (taghribul-fikri) ini masih dibiarkan berleluasa oleh kerajaan ketika anak-anak muda Melayu-Muslim semakin bertambah jumlah yang terbabit dengan masalah sosial, pergaulan bebas, perzinaan dan kes-kes jenayah berat yang menyebabkan mereka menjadi penghuni terbesar di penjara. Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kandungan khutbah Imam Masjid Negara petang tersebut yang menyeru supaya sidang jamaah meninggalkan perzinaan, pergaulan bebas dan tidak menutup aurat seakan tidak ‘disambut’ baik oleh kerajaan sendiri apabila artis yang menjadi icon pergaulan bebas, tatu, merokok, suka memberikan isyarat lucah dan mencarut seperti Avril Lavigne yang dipanggil ke Malaysia.

Saudari Rafidahjannah ketika ditemui membidas tindakan pihak polis mengganggu perjalanan perarakan mahasiswa secara aman di jalanraya dengan hujah kononnya mahasiswa perlu mengambil pendekatan berbincang terlebih dahulu dengan pihak-pihak yang terbabit. “Kami telah pergi berjumpa dengan wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri di DBKL. Kami telah pergi berbincang selama hampir sejam dengan pihak PUSPAL sendiri. Namun hasilnya Jemaah Menteri sendiri yang membenarkan konsert membabitkan artis yang dilihat tidak ada sedikitpun nilai positif dan berakhlak yang boleh diambil contoh oleh anak-anak remaja. Apa lagi salah kami dengan cara terakhir yang mampu kami lakukan ini ? “, katanya.

sumber:
www.gamisdaily.com/blog

lihat juga:
www.harakahdaily.net/

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button