Masa aku round Center Point Kemaman dengan mak, biasalah, kami belek-belek kain baju walaupun tak berhajat nak membelinya.. Selalu perempuan macam tu kan.. dia akan round 1 pasar malam, kalau dia pergi pasar malamlah.. sampai ke hujung gerai! tak belipun tak apalah, asalkan dia dapat tengok semua pakaian yang ada. dia puas!
Tapi akhirnya kami balik bukan dengan tangan kosong... Beli juga kain 3 helai. 1 untuk mak, 1 untuk aku, dan 1 lagi? untuk Wan tersayang. walaupun Wan tak ikut serta semasa membeli tadi, tapi mak tetap ingat kat Wan. "belilah satu untuk wan.. kesian ke wan...". Aku pun dengan pantas memilih sehelai kain untuk Wan. Kasihankan Wan yang lama menanti kami di pasar sana.
Teringat pesan Ustaz yang ajar aku khat di kampus. Masa kelas 2 terakhir, ustaz pesan macam-macam. Bukan sekadar soal seni khat yang semakin kurang pakarnya, tetapi soal-soal lain juga.... Paling mengharukan, ustaz ingatkan pasal tanggungjawab kita sebagai seorang anak.
"Kamu bila dah kerja nanti, pandai-pandailah kamu peruntukkan untuk ibu bapa kamu...
macam saya, bukan saya nak bangga-bangga ni, tapi saya memang peruntukkan banyak jugalah untuk mak ayah saya. Bagi saya, banyaklah. Sampai mak ayah sayapun tak sangka saya bagi pada mereka tiap-tiap bulan banyak tu.. Walaupun saya kerja sendiri, saya ajar khat nipun, sampingan saja dan berapa sangat yang saya dapat. Tapi saya tak kisah, saya yakin keberkatan hidup tu ada bila berbakti pada orang tua ni.
Macam kisah kakak saya, bukan saya nak buruk-burukkan kakak saya ni.. tapi saya rasa kalau ada pengajaran, tak salah saya nak kongsikan dengan kamu. Anak-anak kakak saya, dia hantar pada mak saya untuk tolong jaga. Tiap-tiap bulan, kakak saya bagi duit extra, sebab mak saya tolong tengok-tengokkan anak-anaknya. Tapi ada sekali tu, kakak saya tak hantar anak-anaknya pada mak saya. Bila sampai masa nak bagi duit pada mak, kakak saya bagi kurang sikit dari biasa. Sebab? Haa..kamu fahamlahkan... sebab dalam bulan tu mak saya tak ada jaga anak-anak dia. Keesokannya, kakak saya accident.. Banyak juga duit habis.....
Mungkinlah kemalangan tu satu kebetulan saja. Tapi bila fikir-fikirkan balik, mungkin itu juga salah satu pengajaran Allah nak bagi.. Supaya kita tak berkira-kira sangat dengan ibu bapa kita... Kamu fikir-fikirkanlah sendiri.. Nanti kamu dah kerja, kamu berilah nafkah kepada mak ayah kamu, sesuai dengan kemampuan kamu... Macam saya, walaupun dalam sebulan tu pendapatan saya tak seberapa, saya tetap bagi jumlah yang sama setiap-tiap bulan. Saya tak pernah kurangkan..."
Terima kasih ustaz!
No comments:
Post a Comment