CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

14 May 2008

Teknologi Satu Ibadah

Rindunya pada mak. Sudah 2 hari mak tidak membalas kiriman sms saya. Saya sabar menanti. Saya tahu, mak terlalu sibuk dan penat. Akibatnya, hendak menaip sms pun mak tiada kesempatan dan keupayaan.

Saat saya belum dapat melelapkan mata, saya asyik teringatkan rumah saya. Pastinya saya lebih teringatkan insan-insan yang berada di dalamnya. Jam menunjukkan 1pagi. Saya menaipkan beberapa ‘reminder’ sementara masih ingat. Banyak perkara yang mesti dilakukan keesokan hari dan hari-hari berikutnya. Tiba-tiba ada insyarat sms diterima. Aik, siapa pula sms aku diwaktu begini? Bukanlah tidak biasa menerima sms dikala tengah malam, cumanya musim sem 3 ni, komitmen gerak kerja tidaklah begitu menghimpit, jadi tidak aktif mana telefon saya berbunyi di waktu tengah malam begini.
"kak in wt mda mok bru bleh dok dri ptg tdi kren btis jdi x blik igat nok blajo lap top tu”-Bonda.Begitulah sms yang saya terima dari ibu saya. Ibu saya memang tak pernah menggunakan noktah di dalam sms nya. Kami selaku anak harus pandai-pandai sendiri membaca dan memahami kiriman sms tersebut. Kasihan mak. Kaki mak sakit. Mesti akibat terlalu lama berdiri. Mak sememangnya tauke restoren tersebut. Tapi saya lihat maklah orang yang paling penat sekali. Sebab mak menjadi tukang masak. Bayangkanlah dari jam 3petang hingga 3pagi, mak kena beridiri, wajah mak mengadap api. Mahu tak hangus muka mak. Tapi mak awal-awal lagi pakai krim muka. “Wajah yang cantik mesti dijaga agar terus kekal cantik” ,mak berseloroh. Ewah..ewah..

Baru-baru ini mak telah membeli sebuah laptop. Gara-gara saya membeli cd Al-Quran yang sederhana laju bacaannya. Mendengar alunan Al-Quran yang sengaja saya pasang agak kuat di kala subuh hari, membuatkan mak terasa hendak mendengarnya selalu. Masalahnya, di rumah tiada computer. Hanya kepulangan saya yang sekali sekala membolehkan seisi rumah mendengar bacaan Qari tersebut yang bisa menyentuh hati, bergenang air mata sekalipun belum memahami makna. Saya pula pastinya tidak dapat meninggalkan laptop saya di rumah. Akhirnya mak bertindak membeli yang lain. Mak tak sabar menanti kepulangan saya. Mahu saya mengajarnya menggunalan laptop tersebut. Agar mak bisa memainkan sendiri cd Al-Quran sekalipun ketiadaan saya. Paling penting, mak dapat mengaji ‘bersama-sama’ Qari tersebut kerana ayat-ayat quran yang dipamerkan juga jelas satu persatu tanda bacaannya dan ada penunjuk sekali. Mak juga boleh menanda di muka surat berapa mak memberhentikan bacaannya. Jadi mudah untuk mak menyambung bacaanya nanti. Tafsirnya juga disertakan sekali dalam dwi bahasa. RM60 membeli cd tersebut sangat-sangat berbaloi saya rasakan!
SELAMAT HARI IBU BUAT MAK & WAN (NENEK) YANG DISAYANGI SELALU.
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KASIH DAN RAHMATNYA DALAM HIDUP KALIAN. Ameen..

3 comments:

Dr Kadir said...

Apa nama cd tu? balik ni nak kasi kat mak juga la.. :)

SoalHati said...

tobib, namanya QARI CD FOR DIGITAL FURQAN. QARI3-SHEIKH MASHARI BIN RASHID AL AFASI:)

SoalHati said...

tobib, namanya QARI CD FOR DIGITAL FURQAN. QARI3-SHEIKH MASHARI BIN RASHID AL AFASI:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button