CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

28 April 2008

Kenduri Kahwin-Pertemuan Keluarga

Semalam aku sekeluarga ke kenduri kahwin sepupu lelaki ku. Punyalah payah nak boleh jumpa rumah pengantin perempuan. Dah banyak kali pusing kawasan perumahan di Bangi tu, akhirnya abah kata sekali ni kalau tak jumpa juga, kita baliklah! Dah berputus asa nampaknya abahku. Maklumlah, masa tu dah 1 tengah hari. Cuaca panas terik plak tu. Air cond plak tetiba tak berfungsi. Semua hot fm hehe. Namun akhirnya kami jumpa juga. Patutlah payah nak cari, alamat pengantin tersilap bagi rupanya..ish3… gambar pengantin nanti aku upload ye. Gambar ada dalam handphone abah plak…

Seronok bila dapat jumpa kaum keluarga ni. Abahpun nampak gembira dan puas hati walaupun sesat agak lama. Sebabnya, kesemua 12orang adik beradik abah berkumpul di kenduri tu. Macam-macamlah keletahnya. Posing2 ambil gambar bukan main lagi. Sampai terlupa nak bergambar dengan pengantin bila dah jumpa adik beradik tu..kelakar! dah penat posing baru ajak pengantin bergambar sekali hehe. Mujur bukan aku yang jadi pengantin! Kalau tak terasa juga sebab ada orang lain lebih glamour di hari perkahwinanku! :p

Dah kembali ke kampus ni, macam biasalah, homesick sekejap. Mesti rasa sunyi dan membuak-buak nak balik! Walaupun baru je sampai sebenarnya! Tapi, masih banyak tanggungjawab menanti untuk diselesaikan satu persatu... Bassyak Soalhati!! Kuatkan semangat menempuh sem2 akhir di kampus ini!

Subjek untuk semester pendek ni,
1) Method Of Social Research II (tue-thurs-10am-1pm)
2) Deviant Behavior (mon-wed-9am-12pm)
Doakan soalhati dan sahabat-sahabat cekalkan semangat dan belajar bersungguh-sungguh ye!

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button