CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

07 January 2008

Bila Bertudung Labuh...

8.35 pagi-6 Januari 2008. Aku menanti kehadiran beberapa orang lagi Group members untuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sementara menunggu, aku hanya mendengar kawan-kawan berbual kosong. Aku diam saja. Mengantuk sungguh pagi tu. Tiba-tiba, lalu seorang muslimah yang bertudung labuh dan berjubah sambil bercakap telefon. Ada lagi beberapa orang sahabatnya yang juga bertudung labuh menunggu di suatu sudut dan sebenarnya….mereka adalah sahabat-sahabat. Tapi aku hanya melemparkan senyuman dari jauh buat mereka. Aku tiada mood untuk bertegur sapa pada pagi itu. Tersentak aku mendengar perbualan kawan-kawan sekelas….

A: Yang pakai tudung labuh macam tu..tak semestinya baik perangai dia… Nampak je macam tu. Entah-entah lagi teruk perangai dia..
B: Eh tak baiklah kau cakap macam tu!
A: Ah, betul apa aku cakap. Tak semestinya baik!
B: Memangla don’t judge a book by its cover..Tapi apa yang kita nampak, luaran dia tu baik, kita anggaplah dia baik.. soal perangai dia baik ke tak, nanti kita dah bergaul, lama-lama, kia tahulah…
A: Ala.. kalau dia konsisten pakai macam tu sampai dia mampus, aku respect arr..
B: Ish!! Tak baik tau kau cakap macam tu…!
A: Betulla aku cakap. Kalau dia konsisten tak pe arr..
B: Ko ingat senang ke nak pakai macam tu.. aku respect kat orang macam ni. Bagi aku dia orang baik-baik. Hati tu nak kena betul-betul…..ish, payah aku nak kata. Tapi aku respect ngan dia orang sebab boleh pakai macam tu.. nak banding ngan aku ni, jauh skali lah… dia orang dah boleh menutup aurat macam tu, kira baik lah tu…
A: (tidak membalas kata-kata si B namun mulut terkumat kamit, membebel sendirian…)

Aku terkedu mendengar ‘perdebatan’ mereka. Aku hanya duduk di sebelah si B. Si A pula hanya selang 2 orang dari tempat duduk ku. Lancang betul mulutnya menutur kata. Kasar. Ish..ish..ish… sedarkah dia bahawa aku yang berada tersangat dekat dengannya juga........

7 comments:

hakim dirani said...

"sedarkah dia bahawa aku yang berada tersangat dekat dengannya juga"

Adakah anda juga betudung labuh?

Di Syria. semua pelajar perempuan dari malaysia pakai tudung labuh dan tutup muka (hijab). dah memang semua pakai macam itu mungkin kurang cabarannya.

Memang betul jika seseorang tu boleh istiqamah pakai tudung labuh, memang patut dikagumi.

SoalHati said...

adakah anda juga bertudung labuh...
jawapan: rahsia:)

mungkin dh jd culture kn di syria bila muslimat pakai macam tu.

sir ckp kalau di negara arab, jgn la pakai lawa2. menarik warnanya. sekalipun awak tak attractive, dia orang tetap tertarik sebab awak lah yang paling menonjol kat sana..kebanyakannya pakai warna hitam saja...

mungkin classmate sy tu krg matang lagi dlm berfikir..

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tudung ?....menjadi identiti muslimah jika terus istiqamah.anda bagaimana?...

SoalHati said...

tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan...

selalu bab aurat kita kaitkan dengan perempuankan... walhal sy tgk lelakipun ramai tak menutup aurat...

sama2lah nasihat menasihati

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

semoga Allah memelihara smua wanita daripada fitnah yang amat bahaya kini..

tentang aurat dan pemakaian tudung,boleh dilihat artikel yg sangat bagus di blog ust.zaharuddin..

Hayatilah kaedah emas ini :

دَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ


"...Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Atas Mendatangkan Kebaikan..."

Jadi,pakai lah tudung yang lebih labuh berbanding yang singkat..dan bertudunglah bagi mereka yang tidak bertudung..

Anonymous said...

best kaedah tu..sebab orang kata,kalau tak pakai tudung,byk juga manfaat dia..mcm rambut tak mudah kene penyakit..tetapi,adalah lebih mudarat kalau tak pakai..byk kerosakannya..

SoalHati said...

terima kasih sahabat2 atas respon yang sgt bernas. terharu saya:)

alhamdulillah semalam sy berkesempatan menghadiri majlis ilmu bersama saifulislam.com

ustaz kata kalau kat turkey sekarang ni sampai tahap student perepmuan sana terpaksa pakai rambut palsu. lepas pakai tudung, cover plak ngan rambuat palsu untuk melepasi security...

bayangkanlah..mereka di sana bersusah payah, stress kerana sangat payah nak aplikasikan kewajipan ni..kita di sini.......


.I ♥ Khat.





Grab A Button