CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

26 November 2007

Result!

Uish… td baru je buka wesite uia. Kecut perut nak tengok result. Katanya 26november 07 dah boleh tengok. Mungkin petang ni keluarlah result tu. Ish, takutnya……masa untuk mengaplikasikan erti redha, syukur, sabar dan azam lagi!

Karenah budak-budak.

Hari ni sepatutnya ikut adik pergi kedai abah. Tapi adik suruh aku rehat dulu. Esok baru pergi. Sebab aku kepenatan semalam. Balik rumah Wan. Hampir seharian aku di sana. Melayan keranah sepupu-sepupu yang masih kecil. Tak lah penat sangatpun. Gembira! Terhibur! Depa merajuk habis semalam. Sebab aku tak bermalam di sana. Mohon maaf ye.. nanti weekend ni kak in pergi tidur sana.. kena tunaikan juga kali ni. Kesian tengok raut wajah mereka yang hampa.. sampai tak mahu hantar aku di muka pintu… main saidina dengan depa pun setakat 2 round saja. Terus depa mengamuk bila aku kata tak dapat tidur dengan depa…

Sebenarnya seronok melayan karenah kanak-kanak. Tapi ada juga masanya kita rasa penat dan tak tahu dah apa patut dibuat. Especially kalau depa bergaduh sesama sendiri, berebut barang-barang, makanan dan macam-macam lagi. Abang pula tak berapa prefer cara aku layan budak-budak.katanya aku manjakan budak-budakni. Tapi aku tak rasa aku manjakan depa. Kalau depa tak ada buat salah, mengapa nak layan dengan tegas. Betul tak? Tapi mungkin berubah cara kita bila kita jadi cikgu kepada budak-budak ni. Mungkin kena tegas sedikit… nanti anak murid tak buat homework plak:) Entahlah, tak ada pengalaman lagi jadi cikgu sekolah. insyaAllah, cuti 3 bulan nanti nak cari peluang ni….

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button