CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 June 2007

Bila Izrail Datang Memanggil

Wan baru saja berangkat pulang. Pagi tadi wan menziarahi kematian sepupunya. Kata orang arwah mengidap kencing manis. Wan kata wan tengok kaki dia. Takut. Gelap dan berlubang. Sakitnya. Wan tanya pada yang menjaga arwah sebelum menghembuskan lafaz terakhir. Adakah dia mengucap masa pengakhirannya? Ya, alhamdulillah dia mengucap banyak kali. Syukur Wan kata. Ku doakan juga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman.

Wan agak terkilan sebenarnya. Semalaman wan bergenang air mata. Tapi wan macam sorok-sorok. Tak nak bagi aku nampak. Tapi aku tahu wan sedih. Wan kata semalam dia nak pergi lawat arwah kat hospital. Tapi asyik ada saja halangannya. Akhirnya, dapat berita arwah dah meninggal dunia. Tak mengapalah wan. Dah Allah takdirkan macam tu. Apa boleh buat. Ada hikmahnya tu. Pesan ku pada Wan yang masih bersedih.

Wan kata sedih juga dia tengok masa kat rumah arwah tadi. Quran banyak. Surah-surah yassin tu bertimbun kat tempat arwah. Tapi tak diusik pun. Manusia asyik bersembang sesama sendiri. Bukannya nak mengaji. Paling tidak senyap, berzikir. Hormat keadaan tu. Pelik wan rasa…manusia di zaman sekarang…

Mengajilah sebelum anda dimengajikan

1 comment:

Sunan_Jati said...

assalamualaikum...

ooo tuan umah... mana dia pi plak...
aik tidoa... la... ceh.. penat jer memanggil... hehheh!

.I ♥ Khat.




Grab A Button