Assalamualaikum.
Entry pertama untuk tahun 2011. Ada posting sebelum ni, tapi yang tu tak kira sebab itu hal bisnes :) Hurmm....tak sangka tahun baru disambut dengan deraian air mata. Bukan sambut tahun barupun, cuma ingatkan 1.1.11 ni kehidupan okey je. Tapi sebaliknya plak. Macam-macam plak insiden yang tak menyenangkan dan mengguriskan perasaan..Dek kerana terlalu sedih, maka menangislah cara terbaik untuk aku. Ya, aku kalau menangis memang agak sepuas hati, tapi sekejap je. Lepas tu akan renung pada cermin, tarik nafas, lap air mata, basuh muka. Kalau rajin sikit ambil wuduk dan mengaji. Tenang sekali lepas tu.
Ok, lupakanlah hal tu. Bab-bab sedi-sedih ni mesti datang juga sekali sekala kan (tapi aku rasa dalam hidup aku buat masa ni, bab-bab sadis tu datang banyak kali sangat :P ). Andai kesedihan itu lebih mengingatkan aku pada Tuhan, aku redha. Nak ikutikan sangat kesedihanpun tak ada gunanya kan. Life must go on..Kadang bila ada masalah sangat, tapi tak ada kudrat dan belum jumpa jalan selesai, aku bisik pada hati "Semua ni urusan dunia....Nanti semua akan ditinggalkan! Tak perlulah nak runsing sangat"
Selamat menempuh 2011. Semoga aku dan kamu yang membaca juga ;) beroleh keberkatan Ilahi dalam segenap urusan seharian. Aameen♥
No comments:
Post a Comment