CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

06 December 2008

simple tapi bermakna

aku suka sangat dengan sorang customer mak ni. ha... jangan salah faham, dia ni kenalan rapat abah dan baik juga dengan mak. boleh dikatakan almost every night pakcik ni datang. lselalu order nasi goreng pelbagai jenis.lately, aku tengok penampilan dia dah berlainan sikit. sejuk je mata memandang pakcik berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelekat.mungkin dah menginjak usia ni, takkan nak still macam dulukan. alhamdulillah, berubah ke arah yang lebih baik! tapi, bukanlah ini perkara yang aku suka mengenai pakcik ni.

aku suka bila dia datang dan selalu bagi 'ceramah motivasi' kat aku. hehe. mulanya aku sering melarikan diri ke dalam rumah tatkala melihat kelibat pakcik ni. bukan apa, tiap kali jumpa tipa kali itulah dia tanya aku study mana, kos apa dan bila habis. soalan paling tak suka, kerja apa keluar nanti??..hmm..lepas aku jawab semua tu, dia akan acap kali juga khabarkan yang anak dia di oversea ambil medic! aku dah maklum semua itu bertahun sudah. usahlah pakcik mengulanginya lagi. bukan iri hati, tapi muak mendengarnya... huhuhuh....


tapi lately, aku jadi suka plak. nampak je pakcik tu datang, jadi nak tahu apa 'pesanan' dia kali ni. macam haritu, sampai mak pun bergenang air mata. directly pakcik nasihatkan aku dihadapan mak.

''akak jaga mak baik-baik tau. apa-apa halpun, mak jangan diketepikan. abahpun baik. kena taat pada abah jugak..biar keadaan dah jadi macam ni, kita nak buat macam mana. kena terima. mak kuat! mak kerja untuk akak. akak kena jaga mak! jaga mak tau.. jangan susahkan mak! nak kahwin ke apa, kerja dulu, jaga mak baik-baik. ingat tau.."

aku hanya mengangguk setiap kali pakcik berpesan. ayat pakcik simple je. tak berbungapun. tapi penyampaian pakcik bersungguh-sungguh. dari hati. sebab tu sangat mudah menyentuh hati mereka yang mendengar....

2 comments:

Anonymous said...

ish.mcm seram jek pakcik tu.dye salu dtg mlm2 ke k.in?

SoalHati said...

aah..selalu dtg mlm2. nape seram kak chik? pelik tul :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button