

'Ain Kurma'. itulah gelaran yang aku dapat di awal ramadhan kali ini. Sedap sungguh nama tu kan! Glamorlah juga.Sampai aku pergi kelaspun, bila jumpa kawan-kawan, mereka panggil aku Ain Kurma! Aku malu juga, dah macam 'yusuf tayub' yang iklan kat radio ERA tu je. Kalau panggil slow-slow tu taklah malu sangat. Apapun, Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Laku kurma tu. Cepat habis. Mungkin cara aku mempromosikannya agak berkesan. Cara paksaan hehe. Jangan marah ye geng-gengku. Bulan puasa ni kena banyakkan bersabar:) Rupa kurma tu sama macam gambar kat sebelah ni ha..memang sedap. Aku makanpun macam makan kacang ngan nyin je..laju je...dah nak habis sekotak :p Tapi bagus bila kita makan kurma ni. Sebab lepas tu kita akan minum banyak air sebab kemanisan kurma tu.
Oklah, aku nak balik dulu. Selamat beribadat ye geng! Sama-sama kita rebut kelebihan yang ada dalam bulan Ramdhan ni. InshaAllah, moga Ramadhan ni Ramadhan yang terbaik dalam sepanjang hayat kita. Amiiin. Terkenang mangsa gempa bumi di Jakarta. Bagaimanalah keadaan mereka ye. Kuat ujian Allah pada mereka. kalau nak kira, dekat sangat kita ni. Tapi Allah tak beri ujian yang berat-berat untuk kita. Allah turunkan ujian kita merasa gegarannya sahaja.
Dalam masa 24jam saja dah dua kali mereka alami gempa bumi. Ada ahli keluarga yang maut. Ada juga yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Tentu sahabat2 yang belajar di sinipun tak tenang andainya ada ahli keluarga mereka yang mengalaminya. Semoga Allah lindungi mereka dan keluarga mereka. Tabahkan hati penduduk di sana.. Dugaan ketika menyambut ramadhan... Tapi orang kata sepatutnya mereka bersyukur sebab lebih baikm berlaku gempa bumi daripada tsunami. Adalah huraian-huraian secara saintifiknya yang aku tak berapa reti nak explain..
2 comments:
salam
selamat berpuasa.. cekalkan hati menempuhi dugaan...
farid,
terima kasih:)
Post a Comment