CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

19 August 2007

Ia datang kembali.


Semalam aku tak dapat tidur. Selesai design beberapa gambar untuk dimasukkan dalam satu tayangan, aku cuba untuk tidur, namun payah. Kepala aku sakit!Sakit yang amat! Dah lama aku tak kena sakit macam ni. Migrain mungkin. Aku rasa nak ketuk2 kepala ku dengan tukul. Tapi tukul tiada. Aku nak hantuk2 kepala ke dinding, tapi nanti apa pula orang kata. Semalam pula aku tidur di surau bersama sahabat2. Buat program untuk mnguatkan ruhiyyah dan ukhuwwah. Akhirnya aku hanya mampu bertahan sambil mengetuk kepalaku dengan tangan sendiri. Ya Allah..sakitnya...

Alhamdulillah pagi ni Allah bagi aku tidur. Namun sakit itu datang kembali bila aku terjaga dari lena yang tak panjang. Ya Allah, sakitnya.... Aku cuba mengendahkannya. Aku pergi meeting. Aku bawa motor dalam keadaan kepalaku seperti di tarik-tarik oleh sesuatu. Biarlah, aku tak peduli. Aku tak mahu sakitku ini menghalang urusanku.

Emak di kampung menelefonku. Ada hal mustahak yang mak tanya. Alhamdulillah aku dah menerangkan perkara sebenar. Tapi aku tahu, hati seorang ibu, tentu tak semudah itu unutk berlagak tenang. Tentang apa? Biarlah ku rahsiakan di sini. Cuma, selepas saja aku cakap dengan mak, air mata terus mengalir. Mencurah-curah. Ya Allah, dah lama aku tak menangis sebegini... Aku menangis sepuas-puasnya hingga sebak dihati dan segala kekusutan ku harap pergi jauh! Aku tahu, bila aku menangis, dari situlah lahirnya kekuatan kembali. insya Allah!


Sekarang, aku berada di library. Cari mood baru. Ya Allah, berikan aku kekuatan!

6 comments:

danialle said...

eh, bahaya tu. gaya mcm migrain je. bawak2 la jumpa doktor sblm jadi lebih teruk. sy penah tgk org hantuk kepala kat dinding sebab kena migrain. kesian..

Hafiz said...

kalau teruk sangat, eloklah jumpa doktor untuk ambil ubat migraine.

semoga kuat hadapi apa jua masalah.

Anonymous said...

ain , len kali kalu nak ketuk kepala bgtau akak ek..akak tlg ketukkan! tukul bleh mintak kat technician.. :p

org kata normal sakit kepala time2 student ni..anyway, syafakillah..

SoalHati said...

danialle, dah nak gi jumpa doc aritu, tapi masuknya gi klinik, fuh, penuh pesakit..x larat sy nak tunggu...

hafiz, terima kasih. doakan kita kuat menempuh ujian hidup

kak riah, sakit kepala mmg biasa, tp kita tak boleh biasakan. ntah2 ada sebab yg kronik disebalik sakit tu. nauzubillah. papepun, kene berhati2...beringat sebelum parah;)

Ibn Salim said...

sounds serious...jaga kechtan 'ain..

SoalHati said...

terima kasih Hayyi:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button