Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Palestin sejak berabad lamanya tidak henti-henti dikecam dan ditindas oleh pihak Zionis. Sekalipun kini Hamas telah berjaya buat pertama kalinya memecah tradisi, memenangi pilihan raya Palestin, mempunyai kuasa mutlak ke atas pentadbiran Palestin, namun segalanya-galanya tidak seperti yang diimpikan!
Kuasa yang sepatutnya dimiliki oleh Hamas telah dicabuli oleh Fatah. Pelbagai ancaman yang diterima. Sehinggakan ada usaha-usaha jahat untuk membunuh Presiden Hamas. Mahmood Abbas sendiri dalam ucapannya mengancam Hamas dengan mengatakan "pemimpin Hamas menggali kubur mereka sendiri". Terpancar sikap Abbas sebagai seorang pemimpin Palestin yang tidak bertanggungjawab dan berhati busuk. Jelas sekali Abbas mengikut agenda politik Amerika dan Israel.
Namun Hamas jauh sekali bezanya dengan Fatah. Sekalipun dikecam sebegitu rupa, apa yang dilemparkan Hamas, penuh hikmah dan kebijaksanaan. "Kami akan menjadi seperti pohon kurma, menjulang ke langit, meski dilempar batu kami balas dengan buah kurma" tegas Hamas. “ Namun kami juga mengingatkan agar jangan cuba menyentuh pendokong/pemimpin Hamas kerana ia umpama bermain api.Kami bersabar tapi berencana" Terserlah ketegasan pendirian Hamas dalam kelembutan yang ditonjolkan terhadap musuh.
Fatah merupakan talibarut Israel. Segala yang dilaksanakan oleh Fatah hakikatnya merupakan perancangan kotor dari AS. Ini kerana Fatah hanya mengikut segala arahan AS. Kenapa Fatah sanggup menentang Hamas yang merupakan saudara seIslam mereka? Mengapa mereka sanggup menjadi saksi pertumpahan darah yang berlaku di Palestin sendiri? Tindakan mereka memberikan impak yang cukup besar kepada ruh kebangkitan umat Islam di Palestin khususnya dan diseluruh dunia amnya. Umat Islam yang kurang arif mengenai isu ini akan mula membuat andaian. Mereka nampak seolah-olah umat Islam sibuk berlaga sesama sendiri. Berebut kuasa. Hakikatnya inilah sebuat tafsiran yang bengkok sama sekali.

Situasi ini boleh saya ibaratkan seperti di Malaysia sendiri. Sekalipun pemimpin Umno dan Pas beragama Islam, namun mereka tidak bersatu. Mengapa? Semuanya kerana berbedanya dasar perjuangan yang ingin dibawa oleh sesebuah parti itu. Begitulah jua keadaanya di antara Hamas dan Fatah. Fatah mahu mencari jalan mudah. Taat saja pada suruhan AS, maka segala-galanya menjadi mudah. Mereka hanya mementingkan matlamat tanpa melihat haLal atau haram tindakan tersebut.
Pada pendapat saya, Hamas ternyata berada di landasan pejuangan yang benar kerana mereka sanggup menghadapi cengkaman dan ancaman Yahudi demi mempertahankan bumi Palestin. Sesungguhnya,itulah lumrah dalam perjuangan penuh mehnah dan tribulasi yang menagih pengorbanan dan kekuatan iman yang kental. Jalannya tidak dihampar dengan permaidani merah tapi penuh darah!
2 comments:
a good writing :)
Ya Allah, selamatkan saudara2 kami di bumi palestin..Amin Ya Rabbal 'alamin..
salam...
yang mana ingin menyelamatkan agama islam dia lah yang akan menang dgn doa dari umat2 islam dari seleruh pelusuk dunia... moga allah mrahmai mereka selamanya kerana berjuang di agamanya...
Post a Comment