SIANG BERJAGA MALAM BERJAGA
Hari ni pertama kali aku ke kelas. Sangat mengantuk. Semalam aku tak dapat melelapkan mata seawal mungkin. Pukul 3pagi lebih aku mula membaringkan diri. Katil telah ku kebas sambil mulut terkumat kamit melafazkan takbir dan selawat. Aku menumpang tidur di rumah kawan. Dek kerana mesyuarat yang habis dalam 12.50 pagi. Mana mungkin kami dibenarkan untuk masuk ke kampus dalam waktu begitu. Melainkan kami membayar denda sebanyak RM 50! Ku lihat sahabat-sahabat sudah nyenyak di pembaringan. Ya Allah… aku ada kelas pagi esok.. tapi aku tak dapat tidur lagi ni…
Mungkin kerana di rumah aku berjaga pada malam hari. Kebiasaannya sampai ke subuh, barulah aku tidur. Jadi bila kembali ke kampus, aku agak sukar untuk melelapkan mata di awal waktu. Inilah penyakit kelawar orang kata.. tapi kelawar tak bersalah dalah hal ni. Sudah aturanNYA begitu. Siang tidur malam berjaga. Tapi aku, siang berjaga, malam berjaga…
ISU BLOG
Baru-baru ni aku ada mendengar sahabat berbicara. Katanya kalau ada blog, buatlah sesuatu yang boleh bagi manfaat pada orang. Berbincanglah soal isu semasa, cuba juarai isu yang ada, menulis soal masalah yang melanda masyarakat kini.. Bukanlah asyik dengan soal cinta..ulasan novel dan sebagainya. Aku mendiamkan diri. Tidak tercetus perasaan untuk memberikan sebarang respon! Pada aku, terpulanglah kepada individu untuk mencoretkan apa saja yang diingininya. Itukan blog kepunyaannya? Tidak semestinya catatan perjalanan hidup sehari-hari seseorang itu tiada manfaatnya. Bagi aku, kisah peribadi itulah yang mengandungi pelbagai hikmah, pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil manfaatnya. Walaupun secara kasarnya kita lihat itu hanyalah sebuah ‘diari harian’!
Manusia berhak menilai
4 comments:
ada banyak cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Ada cara yang begitu jelas dan ada kaedah yang samar.
Kisah peribadi juga mampu memberi manfaat. Contoh paling senang ialah kisah ketika seorang pelajar menghadapi peperiksaan dan bagaimana dia menghadapinya. Jika ditonjolkan bagaimana seseorang itu bertawakal dan tabah menghadpi kesusahan menduduki peperiksaan, bukankah itu memberi manfaat kepada pembaca.
Cuba lihat Saiful Islam.com. kadangkala dia bercerita tentang pengalaman beliau di Ireland dan di Turki. Nukilan pengalaman ini walaupun boleh disifatkan kisah peribadi, namun apabila dibaca dengan teliti mampu memberi manfaat kepada pembaca :)
yup...
setuju sedikit sebyk...
terpulang kepada kiter utk mempelbagaikan...semua perbuatan bleh kiter gunakan kearah kebaikan...
cuma cara sj kena sesueiii!
apapun teruskan...
jgn memalu kuceng yer!!! :P
salam kehidupan,
teringat zaman sekolah dulu, tertulis di dinding tandas "ambillah hikmah walau darei mulut buaya"
rasanya macam kena dengan isi cerita ini.
wah....
sunyijer.. ngantuk lagi eh!
Post a Comment