CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

23 July 2007

masa MUDA sebelum TUA

Gembiranya Tok bila kami nak ambil gambar

Tok menanti cucu-cucu menghidang sarapan pagi

Dapur Tok

Salah sebuah pondok Tok

Masak gulai kawah
Sebahagian hidangan untuk kenduri besar. Memang best lah! :) Betul-betul masakan kampung.
Rumah Tok
suasana di Pondok Addiniah

Tok sedang menjamu selera ketika kenduri besar hari terakhir kami di sana

Pada 2 minggu yang lalu, aku telah menyertai satu program CUCU ANGKAT anjuran sebuah syarikat motivasi. Memang sungguh menyeronokkan! Paling terkesan apabila aku melihat sendiri bagaimana nenek-nenek ni bersusaha gigih untuk tunaikan ibadat. Ada nenek yang dah bongkok tiga. Itulah pertama kali aku lihat. Pinggangnya di atas dan kepalanya hampir mencecah tanah! Sungguh pilu melihat keadaan itu. Namun nenek masih berupaya berjalan ke surau setiap hari, seawal 430 pagi untuk qiamullail, solat subuh berjemaah, kemudiannya berzikir selepas solat subuh sehinggalah masuk waktu dhuha. Lantas menunaikan pula solat sunat dhuha. Begitulah rutinnya sehari-hari di Pondok Addiniah Pangsenam, Temerloh Pahang ini. Kagum aku! Aku yang masih muda remaja ni pun tidaklah sekerap itu menunaikan ibadah-ibadah sunat ni.

Saat paling menggembirakan adalah apabila bersama nenek angkat. Aku panggil nenek aku ‘Tok’. Namanya Hajjah Kiah bt Lembik. Berusia 73 tahun. Tok sangat cergas. Walaupun umur tok dah menjangkau 73tahun, tapi tok berjalanpun tidak perlu pakai tongkat. Boleh lagi mengangkut air sebaldi besar semasa ketiadaan air di rumah. Gagahlah Tok ni! Malangnya aku rasa aku banyak susahkan tok apabila tinggal sementara dengan dia. Toklah yang masak setiap hari. Memandangkan aku diberi tanggungjawab menjadi komiti program. Jadi agak sibuk dari peserta. Balik pondokpun jauh-jauh malam. Bila sampai rumah, tengok tok dah pun hamparkan tilam untuk aku tidur, sediakan air milo secawan dan sebiji epal hijau. Wah, terharunya….

Hari kedua di sana, tok minta aku telefon anak-anaknya yang tinggal berdekatan. Tok minta anak-anaknya dan cucu-cucunya datang untuk memperkenalkan aku kepada mereka. Ish, malulah tok… tok kata tak apa, nanti apa-apa hal, senang, dah kenal anak cucu tok. Pagi itu juga anak, cucu dan cicit tok datang. Kami bertaaruf seketika. Segan sebenarnya. Aku ni bab-bab PR ni lemah sungguh. Hehe..

Malam terakhir, kami tidur tanpa memasang kelambu. Aku tidur sebelah tok. Sebelum ini kami tidur berasingan sebab kelambu pun muat untuk seorang saja. Sedihnya, esok pagi terpaksa meninggalkan tok..

Bila dah berada di UIA ni, selalu teringat kat Tok. Masa aku nak pergi meninggalkan tok, tok pesan
“ Balik nanti belajar rajin-rajin, sampai habis. Jangan fikir pasal nikah, kahwin.. dah habis belajar nanti ada lah tu....”
Terkedu aku seketika…

10 comments:

banggugar said...

salam,

ni yg teringat tok umi di malaysia..

sedihnya..

(",)

Sunan_Jati said...

“ Balik nanti belajar rajin-rajin, sampai habis. Jangan fikir pasal nikah, kahwin.. dah habis belajar nanti ada lah tu....”
Terkedu aku seketika…

kehkehekeh

syauqah-el-wardah said...

rindu kat Wan ana!!!

wani tak sempat update blog untuk cerita pengalaman wani pula..
sedih. nak nangis ni.

kenapa ana rasa masa terlalu menghambat ana. atau ana sendiri yang tak kejar masa tu sampai ana yang dikejar masa... ntah la. kena muhasabah balik ni..

wani agak sedih sebab tak sempat nak rasa suasana perpisahan yang mengharukan dengan Wan sebab wani tak tau pukul berapa kena himpun untuk balik. bila 5 minit lagi masa nak tiba, baru wani tau. masa tu tengah 'bela' (bahasa Wan) atau siang ikan bilis Wan kat rumah.

Wan geram kat wani sebab Wan suruh cepat2 mandi, tapi wani nak juga 'bela' bilis tu. lepas tu, wani tak sempatlah. Wan cubit pipi dan ramas muka wani. geram sangat. huhu

Wan pakai tudung yang wani beli. Wan hantar ke bas. Wan redah hujan. Basah tubuh Wan yang di mamah usia tu.

Wan goreng ikan patin dan daging kerbau pekasam untuk wani bawa balik ke Uia. Wani sempat rasa jeruk petai Wan. wani makan banyak sangat jering dengan nasi yang Wan masak. Ikan patin fresh sangat sedap!

Wani teringat. wani tak pernah belikan Tok wani hadiah.

Sekarang, baru wani tau macam mana Tok wani sangat rindukan cucu-cucunya bila kami tak balik lama ke rumah.

Nak balik rumah !!!

Anonymous said...

Entri ini mengingatkan saya pengalaman indah semasa mengikuti program baktisiswa di Pulau Redang kira-kira 7 tahun yang lalu. tapi saya ni anak angkat yang 'tak kenang budi'. Selepas itu tak pernah kontek mak ayah angkat.

Dan itulah satu-satunya program bakti siswa yang saya ikuti ketika di kampus....

SoalHati said...

bang_gugar: teringat kat tok?teponlah tok tu..mesti diapun teringat kat banggugar. sy selalu wish birthday tok walaupun tok kata tak penting benda tu. almaklumlah, org dulu2 mane raikan sgt birthday ni. slalu buat nasi kunyit n bace doa selamat...

sunan jati: apsal hang gelak ha??

syauqah-el-wardah: wani, tima kasihlah atas pendapat yg gitu panjang. wani dh boleh buat new n3 kat blog wani nih hehehe. camane wani boleh tak sedar plak org dah nak balik...
macam2 tok wani bg eh buat balik uia. tok ain bagi kepok keping. dia dah siap goreng. dia suh makan dlm bus. tapi ain simpan, nak makan masa study kat uia...insyaAllah, ada masa nanti kita p lawat depa!

Abg Afyan: awat jadi lagu tu..ke dah banyak sgt mak ayah angkat nih;)

Sunan_Jati said...

kirim salam akt tokwan yer...

hehehehehhe

:P

SoalHati said...

insyaAllah sunanjati..bila dapat rezki jupe tok

CerminDiri said...

salam kehidupan,

seronok sebenarnya bermesra dengan orang tua.ada saja ceritanya. garam......kan mereka makan dulu.
usikan terselit nasihat, marah bersama panduan.itulah sifat mereka

Anonymous said...

ain...lama x jengok..
ain, tok2 2 memang pakai telekung 24 jam ka? makan pun pakai telekung? hehe.. mari kita amalkan sama2 huhu

SoalHati said...

cermindiri-- betul tu. mmg tak habislah borak kalu duk ngan wan...

kak riah-- boleh gak nak pakai 24jam pun..nanti ade org tanya: baru balik mekah ke? kih..kih..kih..


.I ♥ Khat.





Grab A Button