CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

04 May 2008

Rezeki Dapat Kahwin Awal

Ewah,sedondon pula tudung Yong dengan suaminya. tengah kalut-kalut membuat persiapan, Dr Hatta singgah seketika bersua muka dengan pengantin baru:)

hampir 11 tahun persahabatan kita geng!Alhamdulillah..

siapakah seterusnya yang akan terkena jangkitan virus ini?hehe

bestnya tengok.......makanan! haha

nak letak juga gambar ni walaupun Izzah Ulfah dah letak.suka!

(isy..isy..muat dok ni...hehe)

di sini terciptanya sejarah;)

3 'beradik' yang merupakan tetamu terawal sampai:)

Cepat benar cik Izzah Ulfah update blog dia! Berkenaan kenduri kahwin sahabat akrabku yang lebih manja ku panggil Yong. Apalagi yang boleh ku ceritakan tatkala Izzah Ulfah telah menceritakan detik-detik kenangan terindah di rumah Emiliana Rose Jusoh@ Taib. Hmmm.. sepanjang 2hari 1malam di sana, saat-saat yang aku pasti terkenang-kenang sekali…

1) Saat yong nak dinikahkan. Yong minta aku berada disisinya sambil menghulurkan bantuan mengelap wajahnya yang basah dek peluh hehe. Bila Ashabul Yamin dah selamat melafazkan akad nikah tu, terus bergenang air mata… rasa terharu,pilu, bercampur baur perasaan ketika tu. Yong dah bergelar isteri orang…dia dah sah jadi milik suaminya. Aku dah tak boleh nak main redah je jumpa Yong lepas ni. Mesti kena minta izin suaminya dulu hehe. Apapun, tenang hati bila melihat kedua-dua mempelai ni. Indah! Bertuah! Moga-moga Yong dan Yamin bahagia dan berjaya menggapai redha Allah dalam membina baitul Muslim ni. Teruskan perjuangan kalian ye!

2) Aku terkenang juga saat-saat nak siapkan segala persiapan perkahwinan Yong. Dugaan Ilahi, aku pulang ke rumah Yong dalam keadaan demam. Sakit tekak ni toksah nak kiralah. Sampai serak-serak kering suaraku jadinya. Aku baru je niat nak sembang-sembang banyak perkara bila dah jumpa sahabat-sahabat nanti. Nampaknya terpaksalah kubatalkan niatku itu. Suara dah macam rockers! Telingan plak sakit! Innalillah..dugaan sungguh! Dah la malam tu Yong selamat dinikahkan,pasti hatinya berbunga-bunga. Tapi aku pula yang sadis. Hujan air mata tak dapat ku bendung lagi! Memang sakit bangat!!! Lalu basah kuyuplah bantal pengantin dek kerana air mataku yang mencurah-curah mengalir kerana kesakitan yang tak tertanggung lagi.. Yong plak jadi susah hati melihatkan keadaan ku. Maaf ye pengantin baru. Maaf juga buat sahabat2 kerana aku tak dapat nak tolong antunna buat bunga telur malam tu… tapi sempat lagi aku inaikan jari jemari Yong dalam pukul 3pagi. Sakitpun dah reda sikit masa tu. Ya Allah, sembuhkanlah. Engkaulah yang berkuasa menyembuhkannya…

3) Aku rindukan anak-anak Abang Lan dan Kak Muna. Mereka ialah abang ipar dan kakak Emi. Anak-anak depa comel-comel. Walaupun macam-macam telatah, tapi rasa terhibur sangat bila dapat bermesra dengan depa. Dengar kata mak ayah.. boleh kata aku tersentuh jugalah tengok cara mak ayah mereka mendidik mereka ni..Amirul, Usamah dan Aisyah… harap-harap dapat jumpa lagi suatu hari nanti. Rindu banget! Mungkin sebab dah lama tak bermain dengan budak-budak. Bila berpeluang bersama depa selama 2hari tu, rasa terubat sikit perasaan ni.. nanti datang bila Mak Ngah ‘Ain kahwin tau! Hehe.

4) Apa lagi ye? Banyak sebenarnya kenangan manis sepanjang di Rumah Emi. Syukur Allah bagi peluang untuk turut berkongsi kebahagiaan yang Emi kecapi. Oh ye, best juga dapat melepas rindu seketika dengan Yani yang makin mengecil namun tetap menawan, Dayah yang makin lady dan cantik, Cah yang tak habis-habis buat orang tertawa, Nur yang sangat rajin(tak ubah-ubah sikap rajinnya yang luar biasa dari orang kalau bab-bab dapur ni),Dila yang sopan dan manis, Rod yang semakin bergaya, Dina yang tetap ramah(teringat masa form 1 dulu, baik dengan dina sebab dia bendahari kelas!hehe). Dah macam reunion Shams plak kita ni ye. TQ buat Tengku kerana bersabar dengan kerenah-kerenah bebudak SHAMS ni hehe..

Ok lah, setakat ini dulu. Akupun nak kena berkemas ni esok nak kena pulang ke kampus semula. Sekalipun doctor dah bagi cuti sampai hari selasa, tapi hatiku berat sekali nak tinggalkan kelas. Semester pendek ni, ponteng sekali ibarat ponteng seminggu! Huhu…Doakan aku dikurniakan kesihatan yang baik ye.

3 comments:

Anonymous said...

salam...
kak in... sedih sangat2 tak dapat bersama korang... nak nangis.

bestnya...
moga nanti bila sahabat seterusnya kawin, dyana dapat turut serta. nak tolong buat bunga telur gak, inaikan jari pengantin. =(

may Allah bless emi!

SoalHati said...

didi...jangan sedih2...ohye, nape didi tak dapat dtg ye?jgn risau, banyak lagi tangan2 sahabat2 kita yang belum diinaikan. masih ada kesempatan utk didi melakukannya..heheh..inshaallah...

sweetnur-ae-sya said...

Subhanallah~Sunggh lama cik pena xmenjengah ke lelaman sahabat2,..tercari2 juga page yong yg mmg xjmpe,..subhanallah,..diri ini sgt terkejut~terharu~seribu satu perasaan berbaur kini,..alhamdulillah,..amy da selamat,..sedihnya,..sha xtau pun,..dan baru je tau,..dan xhadir pun..sha doakn dr jauh,.. amin =)... yamin,yg di sebut2 abah dulu,..anak sahabat baik abah,..xsangka suami amy,..subhanallah,..sungguh takdirNya,...mcm nk crying je...*sedih xtau dan xwish kt amy ... hukhukk... ain-sampaikn salam buat para sahabatyg lain,..sha rindu semua


.I ♥ Khat.





Grab A Button