CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

04 March 2008


Ini bukti Umno tolak Islam!
Mohd Sabri Said Tue Mar 04, 08 1:15:52 pm MYT
TASEK GELUGOR, 4 Mac (Hrkh) -Kalau dikatakan 'Islam Hadhari' ajaran sesat, melenting pimpinan Umno. Tetapi sekeping gambar yang dirakamkan ini sudah cukup untuk menjelaskan segalanya betapa Umno-BN tolak Islam.

Bagi mereka, Islam bukan ajaran dan pegangan hidup. Jika bukan Islam, siapakah mereka ini (Umno)? Apakah Islam Hadhari diiktiraf sebagai agama baru menggantikan Islam? Khalayak pembaca, terutama pengundi dan rakyat serta orang-orang Islam di negara ini lihatlah sendiri sandiwara yang cuba dimainkan oleh Umno.

Banner yang terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor dan di tepi jalan di Teluk Air Tawar, Butterworth menjelaskan siapakah ahli-ahli parti pimpinan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Umno dan Barisan Nasional (BN) sah ketandusan idea apabila terpaksa menulis banner 'Pergi Jahanam dengan Islam', 'Hidup Melayu' serta melukis gambar seekor khinzir bertentangan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno di parlimen ini terpaksa bekerja keras kerana calon baru, Tan Sri Nor Mohamad Yaacob belum dikenali ramai berlainan dengan tokoh sedia ada yang juga Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Dato' Seri Shariff Haji Omar.

Jadi, untuk memastikan jentera mereka bergerak lancar semua serangan tidak kira ia boleh menjatuhkan akidah, maruah seseorang tidak dipandang asalkan orang melihat kepada Umno seolah hanya satu pilihan.

Seorang pengundi Pekan Tasek Gelugor, Hasan Aziz berkata, Umno tidak wajar melukis gambar sedemikian rupa kerana ia menunjukkan mereka ketandusan perancangan.

Lagipun kempen seumpama itu hanya layak pada era 90-an kerana di era tahun 2000 risalah menerusi blog, internet dan sebagainya rancak dimainkan.

"Biarlah lawan secara terhormat bukannya melebarkan fitnah dengan melukis gambar yang bukan-bukan, " terangnya.

3 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

begitulah bila matlamat menghalalkan cara. kita bagaimana pula ?...

CikguZue said...

ooo..macam tu skali yea?
ingat orang luar je lukis karikatur nabi..ada jugak orang kita buat camtu gak...ish ish ish

Anonymous said...

salam...awk..dr blog nampak awk pandai berpolitik..tapi awk pernah mengetahui tak terminologi perang saraf..tak mustahil..org pas buat cmtu utk raih undi...fikir3knlah..:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button